Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tetamu Datang Untuk Raya? Hidangkan Laksa Lemak Siam Ini. Sedap, Mereka Tentu Suka!

Tetamu Datang Untuk Raya? Hidangkan Laksa Lemak Siam Ini. Sedap, Mereka Tentu Suka!

Kategori: ,
LAKSA LEMAK SIAM

Memandangkan Raya tahun ini lebih meriah berbanding yang sebelumnya dan kelonggaran telah dilakukan oleh pihak berkuasa, orang ramai sibuk berjalan-jalan untuk mengunjungi saudara-mara serta kawan-kawan yang jauh.

Si tuan rumah pula sudah tentu akan kalut dan tak tahu menu apa yang sedap dan mudah untuk dihidangkan pada tetamu. Kalau begitu, cubalah resepi laksa lemak siam yang telah dikongsikan oleh Shah Shatry.

Hidangkan Laksa Lemak Siam Ini Untuk Tetamu. Sedap, Mereka Tentu Suka

Bahan-bahan

  • Laksa kering yang jenis halus (direbus dahulu kemudian ditoskan)
  • 1 kg ikan selayang, temenung
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai ( 2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dalam kuah)
  • 2 inci belacan
  • 5 biji cili api (nak pedasboleh lebihkan)
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Bahan-bahan sampingan

  • Timun
  • Taugeh
  • Kacang pangjang
  • Bunga kantan
  • Salad
  • Telur rebus
  • Limau nipis LAKSA LEMAK SIAM

Cara penyediaan

  1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus, air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk dikisar tulang. Kisar tulang kemudian tapiskan. LAKSA LEMAK SIAM
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, belacan, dan cili api.
  3. Masukkan bahan kisar, serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
  4. Bila sudah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan terlalu, jangan cair sangat. Ikut selera masing-masing dan kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. LAKSA LEMAK SIAM
  6. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh ditutup api.
  7. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain. LAKSA LEMAK SIAM LAKSA LEMAK SIAM

Mudah sahaja untuk hidangkan laksa lemak siam di rumah. Tak perlu sediakan menu yang susah-susah untuk tetamu, yang penting sedap dan mereka berpuas hati.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Shah Shatry via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Acar Ikan Talang Masin Yang Sedap Dan Mudah, Sesuai Untuk Sahur!

tags: | | |