Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Ia juga ringkas untuk disediakan memandangkan bahan-bahannya memang mudah untuk ditemui.
Bagi mereka yang menggemari hidangan yang berkeju, anda boleh cuba hidangan spaghetti aglio olio with cheese ini. Resepinya telah dikongsikan Pn Habsah Ngah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Spaghetti Aglio Olio With Cheese, Puas Bila Dimakan. Sedapnya Tak Terkata!
Bahan-bahan
- 2 paket spaghetti
- 3 hingga 4 cawan minyak zaitun -dapatkan DI SINI
- 1 labu bawang putih (ditumbuk)
- 10 batang lada kering (digunting kasar-kasar)
- 500 gram udang
- 500 gram sotong
- 1 cawan daging kisar
- 500 ml air
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar parsley – lebih jimat bila beli yang ini
- 2 ketul kiub pati ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- Sedikit garam
- 4 keping chedder cheese (dikoyak-koyakkan)
- Sedikit brokoli (dipotong nipis)
- Sebiji capsicum hijau (dipotong dadu)
- Sebiji capsicum merah (dipotong dadu)
Cara penyediaan
- Masak spaghetti hingga lembut mengikut arahan pada paket. Toskan dan bilas dengan air biasa supaya spaghetti tidak kembang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, tumis bersama lada kering dengan api yang perlahan.
- Bila sudah sedikit garing, masukkan udang, sotong, daging kisar. Goreng sekejap.
- Tambahkan air dan kacau seketika.
- Masukkan serbuk lada hitam, parsley, kiub pati ayam, sos tiram dan sedikit garam sebagai penambah rasa.
- Masukkan kepingan keju dan kacau sehingga keju itu cair.
- Tambahkan spaghetti dan kacau sehingga rata. Masak dengan api yang perlahan.
- Masukkan brokoli dan capsicum hijau dan merah. Tak perlu kacau lama-lama.
- Siap untuk dinikmati, tambahkan serbuk parsley sebagai bahan hiasan.
Memang mudah sahaja untuk menyediakan spaghetti aglio olio with cheese ini, kan? Sangat puas hati bila dimakan. Rasa cheese tu memang sedap!
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Pn Habsah Ngah
Baca Juga: Pelik Tapi Sedap Dan Menyihatkan! Ini Dia Resepi ‘Telur Dadar’ Turun Temurun Keluarga Che Ta