Minyak masak merupakan bahan dapur yang wajib berada di dapur. Ia boleh digunakan untuk banyak kegunaan, terutamanya untuk menggoreng dan memasak pelbagai jenis hidangan.
Jika dilihat di pasaran, terdapat pelbagai jenama minyak masak yang boleh didapati. Antaranya adalah minyak masak cap Buruh yang dijual dengan harga yang tertentu. Memandangkan harga minyak masak terkini semakin meningkat, orang ramai juga ingin berjimat-cermat dan mengurangkan kegunaannya.
Ingin berjimat, seorang wanita cuba mengurangkan kegunaan minyak masak cap buruh yang dibeli. Memandangkan sekarang harga barangan semakin meningkat dan tidak menurun, dia memilih untuk berbuat begitu.
Namun, setiap kali ke dapur, dia mula berasa hairan apabila mendapati bahawa minyak masak tersebut didapati semakin berkurangan walaupun sangat jarang digunakan.
Dicari puncanya, rupanya wanita itu dapat mengenalpasti bahawa kakaknya menjadi dalang kepada perkara itu. Bila ditanya, rupanya wanita itu terkejut apabila mengetahui bahawa rupanya minyak masak cap Buruh itu telah digunakan untuk disapu pada wajahnya untuk kesan yang glowing!
Mengetahui hal itu, wanita itu sempat lagi menggelengkan kepalanya dengan kerenah kakaknya.
https://www.tiktok.com/@sha_darlyn/video/7084227321514839322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@sha_darlyn hang jgn nk tegurr kuali hitammm tuu yaaa😂 legend tuuuu…. #fyp ♬ original sound – Baby – nramrinaaa
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa terhibur pula melihat video itu. Jelas ianya hanya guruan semata-mata, ada juga yang berasa bahawa minyak itu mungkin menjadi rahsia kecantikan yang sudah diamalkan olehnya untuk tampil cantik.
Pastikan anda memantau kegunaan minyak masak yang ada di dapur. Sambil kita nak berjimat-cermat ini, takut ada pula yang mengambil kesempatan dan menggunakannya untuk kegunaan lain. Habis semua barang dapur boleh dikebas dan dijadikan skincare kakak-kakak pula nanti.
Kredit: sha_darlyn