Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Kategori:

Johor Bahru sentiasa menjadi pilihan pelancong kerana adanya pelbagai tempat pelancongan yang menarik. Bagi yang sedang merancang untuk ke Johor Bahru, jangan lupa untuk nikmati sarapan di pelbagai port sarapan pagi di JB. Memang rugi kalau tak singgah!

Kalau nak tahu tempat apa yang best untuk anda bersarapan di JB, jom kita semak senarai lokasi sarapan paling best di JB!

Lokasi Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Pondok Santapan Larkin

Bagi yang sedang berada di Larkin, memang tak sah jika anda tak singgah di restoran Pondok Santapan Larkin ini. Kalau nak tahu, restoran ini merupakan antara port sarapan yang paling popular di JB!

Memang rambang mata dibuatnya bila anda datang ke sini. Ada pelbagai jenis roti, nasi, mi, dan aneka kuih-muih yang anda boleh cuba. Antara menu yang laku keras di sini adalah roti Arab yang dimakan bersama kuah kari yang beraroma serta Nasi Ambeng yang cukup besar portionnya, memang kenyang sampai kw tengah hari!

Alamat : No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin, 80350, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup setiap Jumaat)

Nasi Lemak Celah Lorong

Walaupun sederhana, namun jangan pandang sebelah mata dengan hidangan sarapan yang disajikan di warung yang agak tersembunyi ni!

Nasi lemak di sini memang cukup padu! Dipadankan pula dengan aneka pilihan sambal seperti sambal ikan bilis petai, sambal sotong, dan sambal telur puyuh, memang tak pandang kiri kananlah kalau dah pekena nasi lemak di sini.

Alamat : Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru

(Celah celah lorong rumah, bersebelahan sub station TNB, mengadap kedai LionMas & sebelum Tadika Kemas)

Waktu Operasi : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup setiap Ahad)

Kredit : Visit Johor

Warung Saga

Warung Saga pula menyajikan dua menu sarapan yang menjadi trademark bagi negeri Johor iaitu Laksa Johor dan Lontong. Padat tuk dengan rasa dan sangat sesuai untuk dijamu pada waktu pagi.

Selain itu, anda juga voleh nikmati pelbagai menu sarapan lain seperti nasi lemak, mi goreng, mi rebus dan banyak lagi. Harga menj yang ditawarkan cukup berbaloi untuk anda kunjungi bersama seisi keluarga.

Alamat : 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (Tutup setiap Jumaat)

Restoran Kacang Pool Haji

Restoran legend ini tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warga JB. Sesuai dengan namanya, kacang pool adalah menu utama yang wajib anda cuba bila anda ke sini. Memang padu betul kuah kacang pool, enak dicicah bersama roti bakar atau enaik dimakan begitu saja.

Selain itu, hidangan lain seperti otak-otak, tauhu bakar dan mi rebus turut disediakan. Dah alang-alang anda ke JB, memang rugi kalau tak cuba semua!

Alamat : Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 11.00 malam

Rumah Mas

Katanya nasi kerabu kambing bakar dekat sini memang special! Dibuka seawal jam 8.00 pagi, anda juga boleh cuba pelbagai menu yang laku keras setiap pagi seperti laksa johor, mee celup, bakso dan daging harimau menangis.

Selain sarapan, anda juga boleh nikmati hidangan tengah hari dan minum petang di sini.

Alamat : No 96, Jalan Beringin, Taman Melodies, Johor Bahru
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 6.30 petang (Tutup setiap Isnin)

No Telefon : 01136821851 atau 07-3364806

Sarapan Paling Best di JB

Tapah Corner

Di sinilah satu-satunya tempat yang anda boleh dapatkan nasi rawon. Pernah dengar tentang menu ni? Nasi rawon sebenarnya adalah hidangan Indonesia iaitu nasi bersama sup daging. Ia bukanlah sup daging biasa, kerana sup daging ini berwarna hitam!

Ramai yang pernah mencuba nasi rawon ni setuju yang rasanya persis macam yang boleh didapati di negara seberang.

Selain nasi rawon, anda juga boleh menjamu pelbagai menu sarapan lain seperti nasi dagang, nasi lemak, otak-otak dan putu bambu. Memang rambang mata dibuatnya!

Alamat : 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 6.30 pagi hingga 4.00 petang

Sarapan Paling Best di JB Sarapan Paling Best di JB

Warung Pokok Cherry

Restoran Warung Pokok Cherry adalah satu lagi tempat sarapan paling best di JB anda wajib kunjungi bila berkunjung ke sini. Jangan lupa untuk cuba dua menu yang paling popular di sini iaitu Laksam dan Nasi Kerabu.

Alamat : Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sarapan Paling Best di JB Sarapan Paling Best di JB Sarapan Paling Best di JB

Warung Mahmoodiah

Untuk yang sedang mencari kedai sarapan pagi yang enak dengan harga yang berpatutan, Warung Mahmoodiah adalah tempatnya. Kalau nak tahu, kedai ini boleh dikatakan sebagai tempat sarapan paling best di JB dan selalu padat dengan pelanggan dari dekat dan jauh.

Pelbagai menu yang boleh anda cuba di sini. Antara hidangan yang paling laris setiap pagi adalah lontong kering, nasi lemak dengan ayam goreng, dan soto istimewa.

Alamat : 4A, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sarapan Paling Best di JB

Warung Boyan (Kubur Cina)

Bagi anda yang nak nikmati keaslian rasa bakso untuk sarapan pagi, datanglah ke Warung Boyan yang terletak di Taman Dato Onn. Selain bakso yang padu, terdapat juga aneka menu yang anda wajib cuba seperti Rojak Boyanese dan nasi ayam penyet.

Alamat : Warung Boyan, Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 11.00 malam

Sarapan Paling Best di JB

Bukit Chagar Roti Canai

Ke mana saja anda pergi dalam Malaysia, pasti ramai yang mencari roti canai untuk dinikmati pada waktu pagi. Kalau nak try roti canai yang terlajak sedap di JB, singgahlah ke Bukit Chagar Roti Canai.

Roti canai yang rangup di luar dan lembut di dalam memang sesuai bila dipadankan dengan kuah dhal yang pekat dan menyelerakan.

Alamat : 394, Jalan Tengku Azizah, Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sarapan Paling Best di JB

Kredit : johorfoodie.com

Banyaknya pilihan sarapan yang ada di JB! Rambang mata dibuatnya. Buat anda yang sedang berada di JB, jangan lupa untuk nikmati aneka menu sarapan paling best di JB, dijamin sedap dan cukup istimewa ! Memang rugi kalau tak pekena. Selamat menjamu selera!

 

tags: