Demi mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga, ada juga yang membuat keputusan untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan. Dengan syarikat besar seperti GrabFood, FoodPanda, ShopeeFood dan sebagainya, ramai yang berminat untuk berkerja.
Namun, pekerjaan itu tidaklah semudah seperti yang disangka. Selain perlu menghadapi cuaca yang tidak menentu, para rider juga sering berdepan dengan pelbagai risiko yang boleh membahayakan nyawa. Paling memilukan apabila ada yang terkorban bila sedang bekerja.
Terbaharu, suasana sebuah kampung menjadi kecoh apabila begitu banyak buah motosikal memenuhi perkarangan sebuah rumah di sana. Terlihat bukan sahaja rider dari GrabFood malah dari FoodPanda turut ke sana untuk mengunjungi rumah tersebut.
Namun menerusi perkongsian oleh seorang lelaki yang memuat naik video itu, sebabnya sangat memilukan. Menurutnya, ramai rider yang mengunjungi ke sana adalah bagi menziarahi seorang rider GrabFood yang baru sahaja meninggal dunia.
Arwah dipercayai telah meninggal dunia setelah bertembung dengan sebuah bas. Merupakan seorang yang sangat baik dan mempunyai ramai kawan, para rider lain sanggup menangguhkan pesanan yang perlu dihantar bagi bertemu dengannya buat kali terakhir.
Setelah selesai sahaja pengebumian, para rider yang lain terus bergerak seiring untuk menyambung tugasan mereka.
@dinx99_ Al-Fatihah utk arwah yg merupakan seorang rider grab di kelantan๐คฒ
โฌ suara asli – ๐ค๐ญ๐ญ_๐ฎ๐ท๐ใฝ๏ธ – ๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐ฎ
@dinxstore_Al-Fatihah utk arwah yg merupakan seorang rider grab di kelantan๐คฒโฌ suara asli – ๐ค๐ญ๐ญ_๐ฎ๐ท๐ใฝ๏ธ
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa sedih bila mengetahui hal tersebut. Sebak, ada juga yang pernah kenal dengan arwah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang baik-baik sahaja. Harap para rider di luar sana lebih berhati-hati dan cermat ketika berada di jalan raya supaya dapat mengelakkan sebarang kemalangan. Jaga keselamatan diri.
Dan buat pelanggan pula, janganlah suka menggesa rider anda. Ini kerana mereka akan berasa tergesa-gesa dan akhirnya terpaksa membahayakan nyawa mereka demi menghantar pesanan anda.
Kredit: dinxstore_