Keledek ungu merupakan sejenis sayur-sayuran yang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Selalunya ramai gemar menggorengnya dan dijadikan jemput-jemput atau cucur.
Memang jarang kita dengar ia boleh dijadikan puding tapi seorang wanita menemui cara untuk melakukannya. Ini resepi puding keledek ungu yang telah dikongsikan oleh Iedaa Jahaya. Sangat mudah dan sedap nampaknya.
Lain Dari Yang Lain, Ini Resepi Puding Keledek Ungu. Bukan Sahaja Cantik Tapi Rasanya Sangat Sedap!
Bahan-bahan
- 10 ketul keledek ungu -dapatkan DI SINI
- Agar-agar tali
- Gula
- 1 tin susu cair
- 1 sudu butter
Cara penyediaan
- Buang kulit, potong dan rebus atau kukus keledek ungu terlebih dahulu. Bila sudah lembut, lenyek halus keledek tadi.
- Masukkan agar-agar tali ke dalam periuk. Air ikut tenggelam agar-agar dan masukkan gula. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.
- Dalam bekas lain, masukkan ubi yang telah dilenyek halus tadi ke dalam bekas dan masukkan 1 tin susu cair. Letakkan butter. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.
- Bila gula dan agar-agar dah larut, tapis masuk ke dalam bekas keledek tadi. Kacau di atas api yang sederhana bagi mendidih seketika.
- Ambil loyang, basahkan sedikit dan ketepikan dahulu.
- Bila sudah mendidih, tutup api dan tuang masuk ke dalam loyang. Boleh juga ditapis sebelum masuk dalam loyang supaya puding lebih halus.
- Biar sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Tunggu puding keras dan barulah sedia untuk dipotong.
Tak sangka pula keledek ungu boleh dijadikan puding! Nampak ringkas tapi sedap sahaja, bagi penggemar aneka puding, ia wajib dicuba.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Iedaa Jahaya
Baca Juga: Nak Cepat? Cuba Resepi Kuey Teow Goreng Basah Ini. Ringkas & Sedap, Confirm Jadi!