Sempena Hari Raya tahun ini, ramai yang sibuk mengadakan majlis open house. Ada yang meraikannya secara besar-besaran dengan menjemput begitu ramai orang, ada juga secara kecil-kecilan bersama kawan-kawan dan keluarga sahaja.
Sebagai tuan rumah majlis tertentu, sudah tentu kita akan berasa gembira apabila melihat tetamu seronok menikmati makanan dan minuman yang telah disediakan.
Namun lain pula perasaan seorang lelaki ini yang dikenali sebagai soodsahak di laman TikTok, apabila majlis open house yang telah diadakan olehnya menjadi sayu. Ikuti perkongsiannya.
Ingin mengadakan sebuah majlis open house secara kecil-kecilan Sempena Syawal tahun ini, seorang lelaki telah melakukan persiapan di rumahnya. Dia turut menjemput beberapa kenalan serta kawan-kawan.
Setelah penat seharian memasak, membancuh minuman serta mengemas rumah bagi memastikan tetamunya akan selesa, dia telah menghidangkan makanan dan minuman sambil menunggu tetamu tiba.
Namun setelah beberapa waktu, tiada kelibat tetamu pun kelihatan. Hal ini membuatnya berasa sedih kerana dia telah menjemput kawan-kawannya ke rumah untuk menghadiri open house yang telah diadakan.
@saud_ishak Sedih kan kalau terkena #fyp #foryoupage #raya2022
♬ Katy Perry When They Ask You How You Are – DancingToHappiness
@soodsahak Sedih kan kalau terkena #fyp #foryoupage #raya2022 ♬ Katy Perry When They Ask You How You Are – Erica Strada
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang telah menimpanya. Tambah seorang wanita yang dikenali sebagai Kakaknurintan, hal sebegini membuatkannya berasa malas untuk menjemput kawan-kawan untuk datang beraya di rumah. Takut beria melakukan persiapan tapi akhirnya tiada yang datang, lebih baik tunggu mereka ‘menjemput diri’ sendiri.
Fitria_ieka14 turut sependapat dan berasa seeloknya menunggu tetamu bertanya tentang hal itu dahulu memandangkan ramai yang tak tahu menghargai usaha yang telah dilakukan oleh tuan rumah.
Ada juga yang senasib seperti lelaki itu. Pengguna yang dikenali sebagai Mieza, Bake9130 dan MissNorehan turut mengalami perkara yang sama.
Setelah seharian memasak untuk tetamu sebanyak 30 orang, akhirnya kawan-kawan tidak datang. Hal itu membuat mereka berasa sangat sedih.
Oleh itu, kita sebagai tetamu perlulah menghargai usaha yang telah dilakukan oleh si tuan rumah. Bila dijemput, apa salahnya kita ke sana untuk berbual seketika sambil menikmati aneka juadah yang telah disediakan?
Hal itu tentunya akan membuat tuan rumah berasa gembira. Sekurang-kurangnya mereka akan berasa berbaloi dengan penat mereka apabila melihat makanan dan minuman yang telah disediakan dinikmati tetamu.
Kredit: soodsahak
Baca Juga: “Orang Buat Kuih Tu Tak Salah..”, Terkejut Dengan Rupa Karipap Frozen, Ramai Nasihat Jangan Membazir