Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Takde Air Ke?”, Kedai Mamak Guna Pinggan Polisterin, Wanita Ini Rasa Benggang

“Takde Air Ke?”, Kedai Mamak Guna Pinggan Polisterin, Wanita Ini Rasa Benggang

Kategori:
pinggan polisterin

Kedai mamak sudah menjadi restoran tumpuan ramai. Terkenal dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti kari, roti canai, nasi kandar dan sebagainya, sehingga kini ia tetap dikunjungi.

Namun akhir-akhir ini, ia sering mendapat reputasi yang buruk di kalangan rakyat Malaysia. Selain isu kebersihan yang sering dipertikaikan oleh pelanggan, kini seorang wanita berasa tidak berpuas hati dengan kelengkapan yang disediakan di sebuah restoran mamak yang dikunjunginya.

Ikuti perkongsian pengalaman alifah_ting.

Kedai Mamak Guna Pinggan Polisterin, Wanita Ini Benggang

Mengunjungi sebuah kedai mamak yang terdekat untuk menikmati sepinggan nasi goreng, wanita itu telah memesan hidangan tersebut di restoran itu. Namun, apabila ia tiba, dia berasa terkilan apabila melihatnya.

Dihidangkan menggunakan pinggan polisterin, wanita itu bengang malah menghempap hidangan itu di atas meja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Selalunya digunakan untuk majlis kenduri sahaja, dia tidak menyangka bahawa peniaga tergamak berbuat begitu. pinggan polisterinpinggan polisterin

Hairan mengapa pihak restoran menghidangkan makanan menggunakan pinggan polisterin, wanita itu ingin tahu puncanya. Adakah Selangor sedang berhadapan dengan krisis air? Tentulah tidak. Jadi mengapa menggunakannya?

@alifah_ting

Nak tanya ni, Selangor tak da air ke? kenapa Mamak ni pilih kasih. …#fyp #AlifahTing #MamakPilihKasih

♬ original sound – Alifah Ting – Alifah Ting

@miow_mi&lt3♬ original sound – whitney2bh

Mungkin Ini Sebabnya Restoran Berbuat Begitu?

Sebagai seorang pelanggan, amat mudah kita membuat andaian bahawa pekerja atau pemilik restoran ‘malas’ untuk melakukan kerja pembersihan pinggan dan mangkuk.

Namun, harus kita ingati bahawa pengusaha kedai mamak sekarang ini sedang menghadapi masalah kekurangan pekerja. Hal itu memberi impak pada operasi perniagaan mereka. Selain perlu mengurangkan waktu operasi, pekerja juga menjadi terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk melakukan kerja-kerja membasuh pinggan mangkuk sepangjang restoran dibuka.  pinggan polisterin

(Gambar sekadar hiasan)

Justeru itu, mungkin pinggan tersebut dijadikan sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan beban pekerja. Janganlah pula kita cepat menghukum mereka tanpa mengetahui puncanya.

Kredit: Alifah Ting

Baca Juga: Wanita Benar Teman Lelaki Mualaf Makan Mi Sup Babi, Ramai Kecewa Dengan Tindakan Itu

tags: | | |