Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Badan Anak Mula Rasa Panas? Ibu-Ibu Wajib Cuba Petua Mudah Ini Untuk Sejukkan Badan

Badan Anak Mula Rasa Panas? Ibu-Ibu Wajib Cuba Petua Mudah Ini Untuk Sejukkan Badan

Kategori:
SEJUKKAN BADAN

Ibu-ibu mudah panik bila anak-anak mula demam dan suhu badan mereka semakin meningkat. Cuaca yang tidak menentu menjadi faktor utama perkara itu berlaku.

Selain mengambil ubat-ubatan dan nasihat doktor, ibu-ibu juga boleh mencuba petua mudah ini untuk mengurangkan suhu badan anak-anak yang panas. Petua ini telah dikongsikan oleh Effy Sueffy. Mudah sahaja, jom ikuti perkongsiannya.

Petua Mudah Untuk Sejukkan Badan Anak-Anak Masa Demam Dan Badan Panas

Bahan-bahan

  • Barli
  • Sedikit halia
  • Air secukupnya
  • Gula batu

Cara penyediaan

  1. Cuci bersih barli sebelum masukkan dalam periuk. Halia pun dibersihkan. SEJUKKAN BADAN
  2. Masukkan dalam periuk. Air agak-agak sajalah. Asalkan tak kering masa rebus barli tadi. Biasanya 4 sudu barli, 4 cawan air. SEJUKKAN BADAN
  3. Rebus sampai biji barli kembang. Kalau letak gula batu, biar sampai gula larut. Guna api kecil sahaja. Kacau selalu untuk menpercepatkan gula larut. SEJUKKAN BADAN
  4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sedikit dalam cawan. Sejukkan. Agak-agak dah suam, bolehlah minum. SEJUKKAN BADAN

Nota: Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh juga campurkan sedikit madu masa nak minum. Kalau tak campur apa-apa pun tak apa, macam air suam sahaja rasanya.

Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati jadi tak salahnya jika anda mencuba petua mudah ini untuk sejukkan badan ketika demam. Setiap hari, pastikan anak-anak anda meminumnya sebanyak dua kali sehari untuk kesan yang lebih berkesan.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat buat anda.

Kredit: Effy Sueffy

Baca Juga: Khas Buat Penggemar Kopi, Ini Cara Order Costa Coffee Yang First Timer Perlu Tahu

tags: | | |