Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Mengadu Tak Dapat Sambal Belacan, Akhirnya Peniaga Ini ‘Balas’ Balik

Pelanggan Mengadu Tak Dapat Sambal Belacan, Akhirnya Peniaga Ini ‘Balas’ Balik

Kategori:
TAK DAPAT SAMBAL BELACAN

Bagi segelintir, nasi goreng tak lengkap jika tiada sambal belacan. Ini terutamanya di kalangan mereka yang suka makan pedas. Jadi setiap kali memesan hidangan itu, sambal belacan wajib ada!

Namun, kadang-kadang peniaga akan mudah terlupa. Walaupun telah diminta oleh pelanggan, mereka juga akan lupa menyediakan sambal belacan yang diminta. Hal itu membuat mana-mana pelanggan berasa tidak berpuas hati. Ada yang lebih suka berdiam diri, ada juga yang akan mengadu mengenai perkara tersebut terus pada peniaga.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pelanggan, Mawarossa baru-baru ini. Namun respons peniaga membuatnya terhibur, ikuti perkongsiannya di bawah.

Pelanggan Mengadu Tak Dapat Sambal Belacan, Akhirnya Peniaga Ini ‘Balas’ Balik

Terbaharu, seorang wanita telah membeli nasi goreng USA dari sebuah kedai makan menerusi aplikasi FoodPanda. Walaupun sudah banyak kali membeli dari situ, pihak kedai asyik lupa menyediakan sambal belacan yang dipesan. TAK DAPAT SAMBAL BELACAN

Oleh itu, dia telah meninggalkan nota pada peniaga menerusi ruangan pesanan dan mengingatkan mereka untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Ini supaya dia juga tidak kerugian.

Membaca pesanan wanita itu, pihak peniaga pula ‘membalas’ balik dengan menyediakan pesanannya. Bila wanita itu membuka bungkusan nasi goreng yang dipesan, dia berasa terkejut apabila melihat empat bekas kecil yang diisi dengan sambal belacan berada di setiap penjuru. TAK DAPAT SAMBAL BELACAN

Melihat perkara itu, dia pula berasa terhibur dengan apa yang dilakukan oleh peniaga tersebut.

@hoiiiiimawarCukup 4 penjuru dibaginye 😬♬ original sound – Âнмαd Mαηѕѕι

Menjengah di ruangan komen, orang ramai pun berasa tergelak melihat hal itu. Tambah pengguna _rubyatul_ dan tiktoktiktok, peniaga bukannya marah tapi mungkin ingin memulangkan balik sambal belacan yang pernah dipesan sebelum ini.

Takut dituntut pula diakhirat, lebih elok dia memulangkannya terus supaya tidak terikat dengan kesalahan lalu.

Peniaga Bukan Marah Tapi Hanya Nak Pulangkan Sambal Belacan Yang Lalu TAK DAPAT SAMBAL BELACAN

Manusia mana pernah terlepas dari kesilapan, termasuk para peniaga. Lupa itu tentu akan berlaku tapi baik juga dia membalas balik sebegitu, sekurang-kurangnya pelanggan berasa berpuas hati makan nasi goreng dengan sambal belacan yang banyak sebegitu. Sedapnya!

Kredit: Mawarossa

Baca Juga: “Bukan Tak Bersyukur Tapi..”, Ibu Mengandung Kecewa, Beli Kambing Bakar Tapi Tak Boleh Makan

tags: | | |