Hidup dalam sebuah komuniti ini tidaklah semudah dan seindah seperti disangka. Ini kerana setiap orang mempunyai pelbagai kerenah. Lebih-lebih lagi bila tinggal di kawasan perumahan teres atau flat, kita akan bertemu dengan macam-macam jenis manusia.
Namun dalam usaha untuk menjaga keharmonian kejiranan, pasti akan berlaku sesuatu hal yang akan menguji kesabaran sesetengah individu. Terbaharu, perkara malang telah ditimpa oleh seorang wanita, cikiqaaaa yang hampir membuatnya hilang sabar. Ikuti perkongsiannya di bawah.
Mempunyai anak kecil di rumah yang teringin untuk menikmati beberapa hidangan dari KFC, wanita itu telah memesannya menggunakan aplikasi GrabFood. Bila ia telah tiba, wanita itu memesan pada rider tersebut untuk meninggalkan makanan dan minuman di luar memandangkan dia ingin mandi seketika.
Tak sampai 10 minit, dia telah ke luar untuk mengambil pesanannya. Tapi apa yang didapati amatlah menyayat hati. Plastik dirobek, ayam dicuri dan minuman telah ditumpahkan, semuanya dilakukan oleh kucing jiran.
Walaupun berasa geram, dia masih berbelah bagi samada mahu mengambil tindakan atau tidak mengenai perkara itu. Tambahnya, ini bukan kali pertama kucing kepunyaan jirannya itu membuat hal.
Sebelum ini, ia juga pernah kencing di merata tempat. Jadi, dia masih keliru samada dia perlu meminta ganti rugi dari jirannya atau berdiam diri.
@cikiqaaaa Kisah sedih malang ringkas. Sbnrnya bila jadi mcmni nk kena buat apa? Pls 1st time jadi.. Perlukan suggestions 😭
♬ original sound – Alzera Geny Netriana – Alzera Geny Netriana
@cikiqaaaaKisah sedih malang ringkas. Sbnrnya bila jadi mcmni nk kena buat apa? Pls 1st time jadi.. Perlukan suggestions 😭♬ original sound – Alzera Geny Netriana
Menjengah di ruangan komen, seorang pengguna, hidayah menegur kesalahan wanita itu. Menurutnya, seharusnya wanita itu tidak perlu cepat mandi dan membiarkan makanan di luar terlalu lama, akhirnya diambil kucing.
Perkara itu disokong oleh pengguna cahaya syahid dan Izzahlia yang menasihatkan untuk lebih berhati-hati.
Hidup berjiran tidak mudah. Perkara sebegini boleh menyebabkan pergaduhan. Oleh itu bila hidup berjiran, pastikan anda memantau haiwan perliharaan supaya ia tidak merosakkan harta benda jiran.
Kredit: cikiqaaaa
Baca Juga: Lain Dari Yang Lain, Lokasi Kedai Kerabu Maggi Tepi Kubur Ni Buat Ramai Netizen Seram dan Insaf