Sebagai pelanggan, kita sudah tentu mengharapkan perkhidmatan dan layanan mesra dari pekerja. Hal itu membuatkan kita berasa senang untuk mengunjungi lagi ke kedai tersebut.
Namun ada segelintir pekerja yang tidak mempunyai etika ketika berurusan dengan pelanggan. Bukan sahaja tidak mesra tapi malah biadap. Layanan sebegitu boleh membuat pelanggan berasa malu. Pengalaman pahit itu berlaku pada seorang pengguna, qiera990. Ikuti perkongsiannya di bawah.
Terbaharu, seorang wanita berasa sangat kecewa dengan perkara yang memalukan yang telah berlaku ke atas dirinya. Merupakan seorang pelanggan regular di sebuah restoran yang namanya dirahsiakan, dia ke sana bagi membungkus makanan untuk dimakan kemudian.
Ketika ingin membayar makanan, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM6.50. Menghulurkan wang sebanyak RM50, dia mendapatkan baki dan terus beredar pergi.
Tapi ketika sedang memeriksa baki yang diperolehi, wanita itu menyedari sesuatu yang aneh apabila mendapati wang yang dipulangkan kurang RM10. Ingin mendapatkannya kembali, dia ke kedai makan itu.
Namun apabila bertanya mengenai baki wangnya, wanita itu sebaliknya ditengking oleh pekerja perempuan di sana. “Lain kali kira sendiri, bayar sendiri!”, itulah kata-kata yang dilontarkan kepadanya.
Hal itu membuat wanita itu terkilan, sekaligus malu juga kerana berlaku di khalayak ramai. Tambahnya, sebelum ini dia tidak pernah mengalami perkara sebegini di sana.
@qiera990 Dah jadi regular kat sana sebab makanan sedap. selalu okay je tapi Harini tiba2 kena marah sebab ada sorg staff pmpuan kerek kat situ😪😞 #segamat
@qiera990 Dah jadi regular kat sana sebab makanan sedap. selalu okay je tapi Harini tiba2 kena marah sebab ada sorg staff pmpuan kerek kat situ😪😞 #segamat ♬ suara asli – FHM14
Di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan layanan pekerja itu pada wanita itu. Menurut pengguna, sushimiaw dan mayyah, mengapa pekerja itu perlu memarahi pelanggan sedangkan dia yang salah? Tak patut!
Sebagai seorang pekerja, seharusnya kita tidak melayani pelanggan dengan cara begitu. Kadang-kadang kita perlu akui salah diri sendiri. Tak susah pun nak meminta maaf, pelanggan pun tentu akan memahami kesalahan tersebut.
Ini tidak, bukan maaf yang diucapkan tapi kata-kata kesat pula yang diberi. Sikap pekerja sebegini jugalah yang akan menjejaskan perniagaan pada jangka masa yang lama.
Kredit: qiera990
Baca Juga: Wanita Ditimpa Nasib Malang, Pesan KFC Tapi Kena Khianat Dengan Kucing Jiran