Raya tahun ini kelihatan lebih ceria dari yang sebelumnya. Dengan kelonggaran yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, aktiviti kunjung mengunjungi dan rumah terbuka boleh diadakan.
Ini memberi peluang pada pelbagai pihak untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya. Namun dengan ancaman jangkitan virus Covid-19, orang ramai perlu berhati-hati bagi mengelakkan dijangkiti. Safety Operation Procedure (SOP) perlu sentiasa dipatuhi.
Tapi masih ada yang berdegil dan tidak ingin mendengar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kejadian sebegitu telah dikongsikan oleh seorang pengguna, hizamsanordin. Ikuti kisah ini.
Mengunjungi sebuah majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya yang telah diadakan oleh sebuah pihak, lelaki itu berasa terkejut melihat suasana di sana berada dalam keadaan kecoh.
Dilihat, pihak majlis sedang mengagihkan beberapa kotak KFC pada orang ramai. Namun begitu, mereka kelihatan tidak mematuhi arahan pihak majlis dengan berebut-rebut dan menolak satu sama lain.
Keadaan yang sesak itu menyebabkan ramai juga tersepit sehingga ada yang melaporkan bahawa terdapat seorang individu yang terjatuh. Memandangkan makanan tidak cukup dan pihak majlis sedang mengusahakan makanan, ia membuat tetamu hilang sabar.
Tak tahan melihat sikap tetamu, seorang anggota RELA telah hilang sabar dan memarahi tetamu yang enggan mematuhi arahan. Anggota yang lain tiba untuk menenangkannya dengan menggosok belakangnya supaya meredakan kemarahannya. Anggota tersebut terduduk, mungkin kesal kerana terlalu mengikuti emosi.
Walaupun begitu, ramai yang tidak mengendahkan hal tersebut dan masih lagi berebut-rebut mendapatkan sekotak KFC.
@hizamsanordin #jawimalaysia #fypシ゚viral #masukberanda ♬ bunyi asal – Ijam✌🏼
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat keadaan huru-hara itu berasa teramat kecewa. Menurut seorang pengguna, inju7156, dia berasa teramat kecewa dan sedih dengan sikap rakyat Malaysia sebegini.
Memandangkan virus Covid-19 masih lagi berleluasa, pengguna Noorlisazahat dan cuezfreshfruit berasakan orang ramai sudah tidak takut dan mengendahkan ancaman virus itu. Tak takut, mereka sanggup berebut KFC.
Ada juga yang menyalahkan pihak penganjur. Menurut pengguna nizam1963, dia berasakan mereka seharusnya tahu menangani situasi sebegini. Menjemput orang tapi melepaskan tangan sehingga menyebabkan keadaan menjadi sebegitu.
Sedih bila melihat sikap segelintir rakyat Malaysia. Seharusnya dengan pelbagai penyakit yang telah tersebar, kita lebih berhati-hati tapi ini lain pula.
Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kita semua. Dalam keadaan sekarang, kita tidak seharusnya lalai.
Kredit: hizamsanordin
Baca Juga: Dianggap Penyelamat Keadaan, Warung Nasi Lemak Tepi Jalan Ni Buat Ramai Pengguna Jalan Raya Lega