Maggi merupakan jenama mi segera kegemaran ramai. Didatangi dengan pelbagai perisa dan mudah untuk disediakan, pengguna juga boleh mendapatkannya dalam bentuk pek.
Ianya lebih jimat kerana selalunya jenama Maggi akan memberi satu bungkus percuma dalam pek tersebut. Namun lain pula pengalaman buat pengguna, wadzi_ ini. Ikuti perkongsiannya.
Membeli satu pek Maggi perisa kari dari sebuah kedai berdekatan, lelaki itu beria membawanya pulang untuk dimasak kemudian. Dengan satu bungkus percuma, sudah tentu ia amat berbaloi.
Namun bila memeriksa pek tersebut, lelaki itu berasa hairan apabila mengira setiap bungkusan yang ada. Menurut pek, sepatutnya terdapat enam bungkus memandangkan dia telah mendapat satu pek percuma.
Tapi bila dikira, hanya terdapat lima bungkus yang disediakan. Hal itu membuatnya berasa seperti kena scam dengan Maggi. Sebagai seorang pembeli, sudah tentu dia berasa kecewa. Baru sahaja berharap dapat percuma satu tapi tiada apa pun.
https://www.tiktok.com/@wadzi_/video/7102386459268631835?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@wadzi_ apalah nasib☹️ #maggi ♬ Esok Masih Ada – nafees 🦋
Menjengah di ruangan komen, ada juga seorang individu yang pernah terkena scam dengan Maggi. Menurut haura_fiya, hal itu terjadi padanya apabila satu pek Maggi tapi yang ada cuma empat bungkus sahaja. Sedih rasanya!
Ada juga yang berasakan pihak Maggi tidak salah. Sempat bergurau, pengguna yourman____ berasa bahawa misteri satu bungkus yang hilang itu sudah terjawab. Sebenarnya ia sudah dimasak dan berada di gambar.
Haaa! Lain kali bila anda membeli satu pek Maggi, pastikan sentiasa berhati-hati. Takut nanti kena scam pula. Jangan terlalu berharap, mungkin pihak Maggi pun nak jimat-cermat dengan keadaan sekarang.
Kredit: wadzi_
Baca Juga: “Ada Juga Yang Tamak..”, Orang Ramai Berebut KFC, Suasana Open House Jadi Kecoh