Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Tak Sayang Lagi Tak Tahu La..”, Suami Ngidam Makan Sotong, Isteri Sangup Masak Walaupun Geli

“Kalau Tak Sayang Lagi Tak Tahu La..”, Suami Ngidam Makan Sotong, Isteri Sangup Masak Walaupun Geli

Kategori:
makan sotong

Bagi mereka yang memiliki tryphobia, perasaan jijik dan tidak selesa timbul apabila melihat lubang kecil. Ada beberapa kes yang parah di mana segelintir individu akan muntah bila melihat sesuatu yang akan mencetus tryphobia tersebut.

Selain imej lubang, segelintir haiwan seperti sotong juga boleh menyebabkan segelintir penderita tryphobia berasa triggered. Ini kerana kulit sotong mempunyai warna ungu serta bintik-bintik hitam. Jadi individu tersebut akan berasa geli, elakkan makan sotong.

Namun tak semua orang memiliki phobia itu. Jadi bagi penderita tryphobia yang berkahwin, sudah tentu ia menjadi satu cabaran apabila pasangan mula mengidam lauk sotong. Walaupun geli, tapi demi suami, wanita ini sangup hadapi phobianya. Ikuti kisahnya ini.

Suami Ngidam Makan Sotong, Isteri Sangup Masak Walaupun Geli

Seorang wanita, anyioo_ dipercayai menderita penyakit tryphobia. Oleh itu, dia berasa sangat geli bila melihat sotong dan tak mampu untuk memakannya. Namun akhir-akhir ini, suaminya meminta untuk menyediakan lauk sotong.

Pada mulanya menolak tapi demi suami, dia sangup ke pasar dan mencari beberapa ekor sotong untuk dimasak. Walaupun geli, wanita itu menyiangnya sendiri di dapur dengan melihat tutorial yang ada Youtube. Memandangkan ini pertama kali dia memasaknya, sudah tentu dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. makan sotong

Tak tahan perlu berbuat begitu, dia hanya berharap suaminya menghargai usahanya. Tambahan pula, dia berasa bernasib baik kerana menyiang sotong ini, jika diminta untuk memasak sotong kurita, sudah tentu dia tidak mampu. makan sotong

https://www.tiktok.com/@anyiooo_/video/7102650911935221018?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@anyiooo_ Sebab sayangg ja ni 😌 #fyp#sotong#xyhzbca#isteriarmy ♬ Aku Tenang – Fourtwnty

Menjengah di ruangan komen, orang ramai memahami phobia wanita itu. Mudah geli bila melihat lubang kecil atau tompokan, mereka bukan mengecam malah sangat memahami.

Namun menurut seorang pengguna, ishaaa.ishaaa, dia juga pernah menderita dengan phobia tersebut tapi mula berani apabila melihat orang lain mampu dan rileks sahaja bila menyiang sotong.

Penderita Tryphobia Je Faham Perasaan Geli Itu makan sotong

Bagusnya si isteri! Walaupun geli, dia sangup menghadapi phobianya demi suami tercinta, mesti seorang isteri yang baik. Semoga si suami pun hargailah usaha dan pengorbanannya itu.

Jika anda memiliki apa jua phobia, cubalah atasinya secara perlahan-lahan. Lama-lama anda tentu akan berani dan dapat mengatasinya.

Kredit: anyioo_

Baca Juga: Lelaki Luah Rasa Kecewa, Baru Nak Masak Tapi Kena Scam Dengan Maggi

tags: | | |