Ramly merupakan jenama yang sangat dikenali di Malaysia dan juga di luar negara. Menyediakan makanan sejuk beku halal yang berkualiti, jenama itu berkembang dengan maju sehingga mereka mampu membuka beberapa cawangan restoran.
Walaupun aneka nugget, sosej dan ayam frozen telah diperkenalkan oleh Ramly, produk yang kekal ikonik adalah daging burger mereka. Tapi ramai yang cuma tahu dan kenal dengan burger ayam dan lembu sahaja. Tak ramai tahu bahawa Ramly juga menawarkan jenis daging burger yang unik iaitu daging burger kerbau!
Bunyi menarik, kan? Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana rasanya. Oleh itu, seorang lelaki, rafbangji menyahut cabaran dan mencubanya. Ikuti perkongsiannya.
Daging burger Ramly memang sedap! Jadi bila dia menemui daging burger kerbau dari Ramly, lelaki itu terus membelinya untuk dicuba. Terus ke dapur, lelaki itu menyediakan bahan-bahan untuk memasaknya di dapur.
Jika dilihat, warna kepingan daging burger kerbau itu mempunyai warna yang lebih cerah dari daging lembu. Tapi ia tidaklah sepucat warna daging burger ayam. Mengambil roti ban untuk ditoskan seketika, lelaki itu mengambil sekeping daging burger kerbau Ramly untuk dimasak.
Kemudian, dia sapukan sedikit sos dan majerin pada roti bun yang telah ditoskan. Selepas itu, barulah daging burger kerbau itu diletakkan untuk menjadi sebiji burger.
Setelah dicuba, lelaki itu musykil dengan rasanya. Menurutnya, ia mempunyai rasa yang sama dengan daging lembu tapi sedikit pelik. Baunya kerbau juga ada tapi patut dicuba buat mereka yang ingin tahu. Tak rugi pun!
@rafbangji Nak tahu rasa dia macam mana?#fyp #foryoupage #foryourpage
@rafbangji Nak tahu rasa dia macam mana?#fyp #foryoupage #foryourpage ♬ Che La Luna – Louis Prima
Menjengah di ruangan komen, ada juga segelintir individu yang tidak tahu bahawa pihak Ramly juga menjual daging burger kerbau. Nampak menarik juga dan lain dari yang lain, nanti tentu boleh cuba.
Sesiapa yang belum cuba lagi daging burger kerbau, boleh lah dapatkannya. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tak. Tapi korang perlu cuba sekurang-kurangnya. Manalah tahu kena dengan selera!
Kredit: rafbangji
Baca Juga: “Kerana cinta itu buta..”, Ruang Dapur Masak Kotor Perkongsian 2 Isteri Tular Kembali