Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nak Suasana Estetik, Lelaki Ini Sangup Makan Dekat Landasan Kereta Api. Akibatnya..

Nak Suasana Estetik, Lelaki Ini Sangup Makan Dekat Landasan Kereta Api. Akibatnya..

Kategori:
LANDASAN KERETA API

Setiap restoran mempunyai daya tarikannya tersendiri. Bukan sahaja menu yang menarik tapi lokasinya juga perlulah unik supaya pelanggan berasa berminat untuk mengunjungi.

Namun ada segelintir kedai makan memilih tempat yang kurang sesuai sehingga boleh mendatangkan rasa ketidakselesaan serta bahaya pada pelanggan. Walapun begitu, ada pelanggan yang tidak mengendahkan hal itu dan sangup menghadapinya demi menikmati ‘suasana’ tersebut.

Nak Suasana Estetik, Lelaki Ini Sangup Makan Dekat Landasan Kereta Api. Akibatnya..

Terbaharu, seorang lelaki, nadwipahlevi, memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman mencemaskan apabila dia dan kawan-kawannya telah mengunjungi sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan sebuah landasan kereta api.

Ingin menikmati suasana kedai yang estetik pada malam itu, mereka telah memesan hidangan mi dan memilih meja yang terletak berdekatan dengan landasan itu. LANDASAN KERETA API

Tapi baru sahaja ingin merasai mi yang dipesan, mereka tidak menyangka bahawa kereta api yang melalui landasan tersebut begitu laju sehingga menyebabkan habuk-habuk bertebangan. LANDASAN KERETA API LANDASAN KERETA API

Kawannya jelas berasa terkejut dan mengalihkan mangkuk itu bagi mengelakkan makanannya dari terus tercemar bila perkara itu berlaku lagi.

@nadwipahlevi estetik tidak, panik iya #fypシ #tiktoktainment ♬ original sound – Meg

Di ruangan komen, segelintir orang ramai berasa terhibur pula bila melihat perkara itu. Menurut Bastiar, purplecake dan poojha fatwala, lelaki itu baru sahaja nak makan mi sup tapi akhirnya kena makan debu. Sempat lagi mereka!

Manakala pengguna Dy berasakan untung juga makan di sana. Bolehlah dapat topping percuma sambil itu.

Bukan Risau Tapi Terhibur Pula LANDASAN KERETA API

Tak sangka pula ada yang terhibur bila melihat perkara ini tapi jadikan ini sebagai satu pengajaran buat semua. Jangan hanya demi mendapatkan suasana estetik, kita sangup membahayakan nyawa. Pastikan lokasi kedai itu selamat dan jika terpaksa ke sana, pilihlah meja yang bersesuaian dan jauh dari sebarang bahaya.

Tambahan pula, peniaga perlu mengutamakan keselamatan pelanggan dan memastikan lokasi perniagaan terletak di tempat yang sesuai dan selamat.

Kredit: nadwipahlevi

Baca Juga: “Anak-Anak Tak Tahu..”, Lelaki Rasa Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi

tags: | |