Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan getir dan cabaran ini, hidup sebagai seorang pelajar memerlukan ketabahan hati yang tinggi. Ini kerana, tidak semua pelajar mampu untuk menyara diri sendiri ketika belajar akibat kesempitan hidup.
Sebagai pelajar, pelbagai yuran terpaksa ditanggung. Misalnya, yuran pengajian, yuran kolej dan juga yuran tambahan sedia ada. Tidak lagi campur dengan tanggungan makan dan minum setiap hari di universiti.
Oleh yang demikian, ada segelintir pelajar yang terpaksa mengikat perut demi melangsungkan kehidupan hari demi hari. Walaupun begitu, perut perlu diisi untuk bekalan tenaga bagi menjalani kehidupan.
Terbaharu, telah tular satu kisah yang menyantuni jiwa sesiapa yang membacanya. Melalui satu hantaran seorang lelaki di Twitter yang bernama @Hfnz9, dia tersentuh dengan perilaku seorang akak kafe menampal sekeping notis kertas kemanusiaan.
Kertas itu berbunyi, “adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu,” tulisnya.
Akak kafe yang berniaga di kafe Universti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menunjukkan kemanusiaan masih wujud di dalam dunia yang serba cedera ini. Sebagai seorang peniaga kafe yang cakna, dia membelanja pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan yang terpaksa mengikat perut untuk makan.
Mengingati kenangan dan pengalamannya sendiri sebagai seorang pelajar, baginya ia bukan mudah. Mungkin dia juga pernah melalui peristiwa ketiadaan wang untuk makan. Jadi dengan itu, dia berbakti kembali kepada masyarakat (pelajar) untuk meringankan beban mereka.
Menjengah komen netizen, ramai yang tersentuh dengan kebaikan dan sifat pemurah akak kafe berkenaan. Setidaknya, ada pelajar yang kesusahan terbela nasib dengan kehadiran bantuan akak kafe.
Mengambil komen netizen dengan nama @nonametocalls, dia berkata, “kalau nampak peniaga baik macam ni, kita pembeli kena jadi baik hati juga. Hulur lebih sikit dekat akak ni kalau ada wang lebih. Setidaknya, dia dapat tampung modal dia,” jelasnya di ruangan komen.
Selain itu, seorang lagi komen netizen bernama @sirsazly berkata, “kawan-kawan yang berhampiran tu, kunjungilah gerai dia. Kita bantu dia, dia bantu orang susah. Semoga kita diberkati Allah SWT.
Baik betul akak ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. pic.twitter.com/IJu0eY7PCu
— 𝕏 (@Hfnz9) May 30, 2022
Jelaslah, dengan tularnya kisah seperti ini, kita masih dapat bersyukur masih ada lagi kemanusiaan yang dapat memadamkan hati manusia getir. Jika dalam kisah ini, pelajar yang susah dan kurang berkemampuan lah maksudnya.
Semoga akak kafe yang mengajarkan kita bagaimana untuk berjiwa besar demikian dilimpahi rezeki melimpah luah. Semoga kebaikan sentiasa melebar luas dalam keadaan dunia yang tenat dan sakit ini. Kita bersama-sama memikul beban, untuk kita semua dan demi kita semua
Sumber: @Hfnz9
Baca juga: “Anak-Anak Tak Tahu..”, Lelaki Rasa Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi