Kenaikan harga barangan seperti makanan dan minuman jelas memberi impak yang besar pada masyarakat. Hal itu menjejaskan bukan sahaja pengguna tapi peniaga juga yang terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual bagi menampung pelbagai kos.
Namun, ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tinggi dan tidak masuk akal. Hal itu membuat mana-mana pelanggan berasa tidak puas hati, rasa seperti diri ditipu. Perkara itu terjadi pada seorang wanita, inoorhalizamn yang terkena baru-baru ini. Ikuti perkongsiannya di bawah.
Membeli di sebuah restoran, wanita itu telah memesan empat shawarma bersama satu botol air mineral. Tidak melihat pada harga, dia menyangka bahawa harga minuman itu standard sahaja dan tidak terlalu mahal.
Namun ketika membayar pesanannya di kaunter, dia berasa terkejut apabila melihat harga bilnya. Dengan harga shawarma mencecah RM10 setiap satu, harga air mineral lebih mengejutkan.
Membeli botol bersaiz hanya 500ml, dia tidak menyangka bahawa harganya mencecah RM5 sebotol. Harga yang mahal yang telah dikenakan oleh pihak restoran membuatnya berasa terkilan, sehingga rasa seperti ingin pengsan.
@inoorhalizamn mahal sampai nak pengsan🤑🤧🤕 #fy #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #viral #hadramaut #mahal #hadramawt
@inoorhalizamn mahal sampai nak pengsan🤑🤧🤕 #fy #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #viral #hadramaut #mahal #hadramawt ♬ original sound – WanderingAndLost
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, seorang pengguna, Maddy menegur wanita itu. Menurutnya, kalau wanita itu sudah tahu harganya mahal, kenapa dia masih membeli?
Tapi menurutnya, dia tidak menyedari perkara itu sehinggalah perlu meneliti pada bil yang diterima setelah membuat bayaran. Tak sangka pula air mineral boleh semahal itu.
Kata seorang lagi warganet pula, Shafri Pri bersetuju bahawa harga sebotol air mineral tidak seharusnya mahal sebegitu. Harga yang dikenakan adalah sama dengan harga di tempat eksklusif seperti taman tema dan penerbangan.
Keadaan ekonomi tidak seharusnya menjadi peluang untuk para peniaga mengenakan harga yang melampau pada pelanggan. Hal ini kerana ia akan membuat mereka berasa tidak berpuas hati dan akhirnya memberi impak yang negatif pada perniagaan peniaga.
Kredit: inoorhalizamn
Baca Juga: Nak Suasana Estetik, Lelaki Ini Sangup Makan Dekat Landasan Kereta Api. Akhirnya..