Dalam membina rumahtangga bersama yang tersayang, pasti kita memikirkan hal-hal yang indah sahaja akan berlaku. Pasangan yang memahami dan bertanggungjawab adalah idaman bagi semua orang.
Bagaimanapun, bukan semua hal yang dihajati tertunai indah begitu sahaja. Ada yang mendapat perkara yang sebaliknya. Mendapat pasangan yang sifatnya tidak terjangkau dek akal adalah satu mimpi ngeri.
Hal ini terjadi kepada salah seorang pengguna TikTok bernama @nanaorlin10 yang berkongsi kisah sedihnya tentang suami yang panas baran. Setiap kali mereka suami isteri bertengkar, suaminya pasti akan menggunakan kekerasan tangan.
Bukan itu sahaja, menurutnya, suami yang dikahwini itu akan membuang barang-barang seperti beras agar dia dan anak-anak tidak boleh makan sehingga mereka kelaparan.
Jelasnya dalam satu hantaran video, “kalau marah pasti main tangan dan buang-buang barang biar aku dan anak-anak tidak bisa makan,”katanya. Video itu memaparkan ayat tersebut bersama paparan beras yang berselerakan di dalam mangkuk tandas dipercayai akibat suaminya yang baran membuang beras itu ke dalamnya.
https://www.tiktok.com/@nanaorlin10/video/7101981252466609435
@nanaorlin10nasibku♬ suara asli – CANDRA DEWI MAHARANI
Menjengah komen netizen, ramai bersependapat perilaku suami buang beras ini memang melampau dan keterlaluan. Lebih-lebih lagi membuang beras yang merupakan rezeki dari Tuhan untuk mengisi perut keluarga diperlakukan sedemikan rupa.
Mengambil komen netizen yang bernama @deltasitoruzz5, dia berkata, “membuang-buang beras sama sahaja seperti membuang rezeki,” jelasnya dalam ruangan komen tersebut.
Ada juga netizen yang berseloroh dengan memberi komen, “ni bukan setakat tak boleh makan, berak pun tak boleh,” dan seorang lagi netizen juga turut memberi komen”dia fikir beras tu pasir ke,” jelas mereka sebagai reaksi komen dalam video berkenaan.
Betul, setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing. Tetapi, dalam kes suami buang beras ini, ia sudah melampaui keterbatasan sebagai seorang yang berfikiran rasional. Apatah lagi menggunakan bahan rezeki seperti beras sebagai tempat untuk melepaskan amarah.
Dan, membiarkan anak isteri kelaparan adalah tindakan yang paling tidak wajar dalam tanggungjawab seorang suami. Jadi dengan itu, setiap perlakuan dan tindakan hendaklah dibincangkan bersama agar mendapat kesepakatan.
Sumber: nanaorlin10
Baca juga: “Pelajar Kalau Tak Ada Duit, Jangan Tahan Lapar..”, Akak Kafe Berjiwa Besar Menyentuh Hati Netizen