Adat dalam berkawan ini tak semuanya semanis seperti yang disangka. Tidak dinafikan perselisihan faham akan wujud kerana semua insan mempunyai sikap dan ragam yang berbeza-beza.
Jadi, adakalanya kita akan mudah berasa sakit hati dan meluat bila perlu melayan kerenah kawan-kawan. Namun atas dasar persahabatan, hal itu dihadapi kerana siapa lagi yang boleh menerima diri kita seadanya kalau bukan kawan.
Terbaharu, seorang wanita, ohsoyen, memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap salah seorang kawannya di waktu rehat.
Dipercayai bekerja sebagai seorang jururawat, mereka mengambil peluang untuk menikmati makanan dan minuman yang baru sahaja dibeli. Tapi oleh kerana cuai, kawannya dengan tidak sengaja telah menumpahkan sedikit air.
Paling parah, kawannya boleh pula memintanya lapkan air yang telah ditumpahkan tapi tidak menyediakan apa-apa kain atau tisu untuk dirinya. Melihat sikap kawannya, wanita itu berasa sedikit geram tapi hanya mampu hadap memandangkan masih menghargainya.
Kawannya pula, sedar bahawa dirinya sedang dirakam telah menutup wajahnya kerana malu dengan kecuaiannya.
https://www.tiktok.com/@ohsoyen/video/7096319620587572507?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@ohsoyen Sentiasa menyusahkan hidup aku 😌 @bbyyaya33 #fyp #fypsarawak ♬ original sound – LOCA B
Menjengah di ruangan komen pula, seorang individu, Wenn menasihatkannya untuk lebih baik meninggalkan sahaja air yang telah ditumpahkan. Buat apa penat cuba kemas masalah orang lain kalau boleh dibiarkan sahaja untuk dilap oleh pekerja yang ada?
Haish, memang perangai kawan-kawan boleh buat kita sakit hati kadang-kadang. Rasa nak marah pun ada tapi apakah daya? Dialah kawan, baik atau buruk, kita perlulah menerimanya dengan adanya.
Oleh itu, hargailah kawan-kawan anda yang sangup bersama ketika susah dan senang dan juga mereka yang selalu cover anda ketika anda selalu melakukan kesalahan. Kawan sebegitu merupakan seorang yang sangat rare!
Kredit: ohsoyen
Baca Juga: Peniaga Rugi, Cuba Salai 100 Ekor Ikan Keli Tapi Lain Pula Yang Jadi