Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Struggle Betul Hidup..”, Harga 1 Pek Spaghetti Cecah RM7 Di Pasaraya, Wanita Ini Rasa Susah

“Struggle Betul Hidup..”, Harga 1 Pek Spaghetti Cecah RM7 Di Pasaraya, Wanita Ini Rasa Susah

Kategori:
SPAGHETTI

Umum sudah tahu bahawa keadaan semasa telah menyebabkan harga barangan seperti makanan dan minuman meningkat. Hal itu membebankan semua rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan kenaikan tersebut, orang ramai lebih berhati-hati dan cuba sebaik mungkin untuk berjimat-cermat. Namun begitu,mereka tetap terkesan apabila hampir kesemua harga barangan dapur meningkat.

Harga 1 Pek Spaghetti Cecah RM7 Di Pasaraya, Wanita Ini Rasa Susah

Mengunjungi sebuah pasaraya untuk mendapatkan barangan dapur, seorang wanita, cikgillis, ingin mendapatkan satu pek spaghetti untuk dimasak kemudian. Namun begitu, dia berasa terkejut apabila melihat harganya.

Rasa seperti tidak percaya, dia mendapati bahawa satu pek spaghetti kini dijual dengan harga RM7.30. Terkilan dengan kenaikan harga barangan tersebut, dia berasa sangat terbeban dengan keadaan semasa. SPAGHETTI

Tak seperti dahulu di mana satu pek spaghetti hanya dijual dengan harga RM3 atau RM4, wanita itu mengeluh dengan kesusahan yang dihadapi. Hampir setiap hari rasa terbeban dengan kenaikan harga barangan.

@cikgillis kerasnya hidup zaman skrang. 😔#fypシ #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppp #tiktoktranding ♬ bunyi asal – Arinaaaa_

Di ruangan komen pula, orang ramai berasa agak terkilan dengan harga yang dikenakan oleh pasaraya tersebut. Menurut mereka, harga spaghetti yang dijual di kedai berhampiran mereka tetap sama seperti dahulu jadi mengapa di pasaraya tersebut lebih mahal? Rasa macam tak percaya!

Pengguna, Ieya Danish berpendapat bahawa kenaikkan harga tersebut sangat tidak masuk akal. Mungkinkah pekerja salah letak harga dan tertukar? Tapi wanita itu menjelaskan bahawa ini bukan pertama kali dia ke sana jadi harga spaghetti yang dijual di sana tetap RM7.30.

Tak Logik Harga Spaghetti Mahal Sebegitu SPAGHETTI SPAGHETTI

Jelas kenaikkan harga barangan dari semasa ke semasa telah memberi impak yang negatif pada masyarakat. Bagi mereka yang kurang kemampuan, mereka terpaksa berlapar dan mengikat perut bagi menampung perbelanjaan harian.

Semoga isu kenaikkan harga barangan ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat tidak terus rasa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kredit: cikgillis

Baca Juga: Peniaga Rugi, Cuba Salai 100 Ekor Ikan Keli Tapi Lain Pula Yang Jadi

tags: | | |