Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Doktor Ini Dedahkan Kisah Anak Panik Bila Ternampak Ikan Siakap Stim, Rupanya Ini Sebabnya..

Doktor Ini Dedahkan Kisah Anak Panik Bila Ternampak Ikan Siakap Stim, Rupanya Ini Sebabnya..

Kategori:

Mungkin orang menganggap satu peristiwa yang menakutkan mudah untuk dilupakan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menganggap ia hanya sekadar pengalaman biasa dan tak memberi kesan pada seseorang.

Namun tak mudah bagi orang yang alaminya sendiri untuk lupa, walaupun individu tersebut bergelar seorang kanak-kanak.

Anak Panik Tercekik Tulang

Seperti yang tular di laman Facebook baru-baru ini, seorang bapa yang bergelar doktor ini berkongsikan kisah anaknya yang pernah tercekik tulang ikan siakap stim di satu restoran.

Selepas pulang dari makan, mereka singgah ke bahagian kecemasan. Walaupun sudah diperiksa doktor ENT menggunakan mini scope ke dalam tekak, namun tulang yang tersangkut masih tak ditemukan. Ketika itu, anak panik dan meronta-ronta sebab takut.

Jadi, doktor pun meminta mereka untuk pulang dulu dan datang keesokan harinya. Akibat takut dan risau, sepanjang malam anak tak boleh tidur.

Keesokan paginya, si ibu pun terdetik untuk periksa sendiri tekak anaknya. Bila disuluh dengan lampu, barulah dapat kenalpasti tulang halus yang tersangkut. Jadi mereka pun bergegas ke bahagian kecemasan untuk keluarkan tulang tersebut.

Sejak peristiwa itu, anaknya cukup trauma untuk makan ikan. Kalau makan pun, tulang perlu diasingkan terlebih dahulu.

Anak Masih Ingat..

Baru-baru ini mereka sekeluarga kembali semula ke restoran setelah sekian lama. Sambil menunggu makanan, mereka sempat berbual santai tentang kisah anak tercekik dulang tak lama dahulu.

Kebetulan set makanan yang mereka pesan memang ada siakap stim. Doktor ini tak sangka ia jadi satu pilihan yang salah.

Sebaik saja ikan sampai, anaknya terus berubah wajah dan cemas sampai menyorok bawah meja. Rupanya dia masih sangat trauma dengan peristiwa menakutkan yang pernah dilalui.

Jangan Perkecil Pengalaman Anak

Berkongsi lanjut, doktor ini bersyukur anaknya dapat keluar dari zon panik selepas dipujuk dan ditenangkan.

Melihatkan anak panik sampai begitu sekali, ia sedikit sebanyak menjentik hati doktor ini sebagai seorang bapa yang ada kalanya terlepas pandang akan perkara yang boleh mencetuskan trauma anak.

Mungkin bagi kita, ianya perkara biasa, namun jangan kita sesekali memperkecil pengalaman anak. Kedua, ibu bapa perlu tahu yang anak akan sentiasa ingat pengalaman yang mereka lalui terutamanya yang bersifat traumatik.

Kita tak mahu mereka hidup dengan memori pahit yang boleh memberi kesan buruk pada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah berjaga-jaga dengan kelakuan, kata-kata serta pendedahan yang diberikan kepada anak-anak.

Yang Alami Je Tau..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian doktor ini. Ada kalanya, anak bukannya terlalu ikutkan emosi, namun pengalaman yang menakutkan boleh memberi kesan jangka panjang pada anak. Jika tak dibantu atau diberi sokongan, anak akan terus bawa memori pahit ini sampai ke dewasa.

Jadi, hiasilah anak dengan memori indah sejak kecil dan bantulah mereka untuk hadapi pengalaman pahit sebaiknya.

Jangan pula kita menepis emosi mereka dan biarkan pengalaman buruk kekal dalam diri sampai dewasa kerana ia boleh memberi kesan pada minda dan keperibadian anak.

Sumber : Dr Rozanizam Zakaria

tags: |