Mesti kebanyakan pembaca Daily Makan mengenali daun pandan kan? Kebanyakannya, ia ditanam di halaman rumah kerana sifatnya yang senang tumbuh dan membiak.
Selain kegunaannya sebagai penambah aorama kepada makanan dan penggunaan lainnya, pokok ini banyak juga khasiatnya mengikut petua-petua orang kampung dahulu kala.
Ini sedikit petua dan khasiat daun pandan dari perspektif dan daun pandan ikut tradisi orang kampung:
Banyak Rahsianya! Ini Petua Daun Pandan Ikut Tradisi Orang Kampung
Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
Mengubati lemah saraf
Ambil 3 daun pandan. Cuci bersih, kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas sahaja. Setelah suam, minum ramuan tersebut 2 kali sehari setiap pagi dan petang masing-masing satu gelas setiap kali minum.
Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba, tiga daun pandan. Cuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari. Tiap pagi dan petang masing-masing satu gelas setiap kali minum.
Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang berjuntai bebera batang. Cuci bersih, rebus dan buat minuman, pagi segelas petang segelas.
Mencuci kewanitaan
Rebus daun pandan, daun inai, duan sirih, buah manjakani dan sedikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas. Setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi, segelas petang. Buat setiap hari.
Menghilangkan daun badan
Blender daun pandan dengan limau, gosok gosok pada badan, ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Buat beberapa kali.
Matikan kuman dalam darah
Amalan minuman air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
Menurunkan kolestrol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, memnagamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadaar kolestrol dalam tubuh.
Melembuatkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Pembuka selera makan
Sehari dua gelas minnum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman lekas basi.
Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengann air atau syampu.
Tengok! Banyak kan khasiat daun pandan ikut tradisi orang kampung yang anda boleh manfaatkan. Memanng dia cover kesihatan dari luaran hingga dalaman.
Sumber: Nurul Hidayah
Baca juga: Cara Paling Mudah Bersihkan Kerang, Hanya Guna Ais Dan Garam. 3 Kali Basuh Dah Betul-Betul Bersih!