Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semua Dah Naik..”, Kedai Makan Caj Mahal, Harga Teh Ais Cecah RM4 Buat Lelaki Ini Rasa Terkilan

“Semua Dah Naik..”, Kedai Makan Caj Mahal, Harga Teh Ais Cecah RM4 Buat Lelaki Ini Rasa Terkilan

Kategori:
HARGA TEH AIS

Keadaan ekonomi yang mencabar telah menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman. Perkara itu telah menyempitkan ramai pihak, termasuk para pengusaha kedai makan dan restoran.

Ini kerana hal tersebut telah memaksa mereka menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi menampung pelbagai kos yang perlu diambil kira. Namun, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan keadaan terkini bagi mengaut untung yang lebih.

Jika dilihat, terdapat beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab yang telah mengenakan harga yang melampau. Hal itu terjadi pada seorang lelaki, abuabi821. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Kedai Makan Caj Mahal, Harga Teh Ais Cecah RM4 Buat Lelaki Ini Rasa Terkilan

Terbaharu, lelaki itu telah mengunjungi sebuah kedai makan bersama kawan-kawannya untuk meluangkan sedikit waktu dengan berbual. Sambil itu, mereka juga telah memesan beberapa keping roti canai dan teh ais untuk dinikmati. HARGA TEH AIS

(Gambar sekadar hiasan)

Setelah selesai urusan mereka di sana, lelaki itu bergerak ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman yang telah dipesan. Namun begitu, dia berasa terkejut apabila melihat resit yang telah dihulurkan oleh pekerja.

Tak sangka harga satu gelas teh ais boleh mencecah RM4.30, caj yang lebih mahal berbanding kedai makan yang lain membuatnya berasa terkilan. Namun apakah daya, benda dah makan jadi terpaksalah dibayar walaupun dia masih lagi sukar memahami bagaimana kedai tersebut tergamak mengenakan harga sebegitu. HARGA TEH AIS

https://www.tiktok.com/@abuabi821/video/7106023927654124827?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@abuabi821 #sukarkitamemahami #sukaruntukmemahamisertadifahami ♬ Laper Laper Ha – Faiha

Di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan harga yang mahal itu. Menurut seorang pengguna, Dennis Eddie Ho, kedai makan yang lain tidak pula mengenakan caj sebegitu. Jika nak dibanding, banyak lagi yang lebih murah dari sana jadi dia juga hairan bagaimana ia boleh mahal begitu.

“Mahal Nak Mampus..” HARGA TEH AIS

Meskipun kenaikan harga barangan telah memaksa segelintir peniaga untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual, tapi mereka perlulah adil dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Hal itu membuat pelanggan berasa kecewa dan akan menjejaskan perniagaan dalam jangka masa yang pangjang.

Kredit: abuabi821

Baca Juga: Bosan Kena Kacau Dengan Kucing Perliharaan Setiap Kali Order Burger, Lelaki Ini Minta Pihak Restoran Kali Ni..

tags: | | | |