Siapa yang pernah ke kedai makan? Sudah tentulah ramai di antara kita yang pernah ke sana. Sekarang pula terdapat pelbagai jenis kedai makan dan restoran yang menarik untuk dicuba, jadi orang ramai bolehlah mencuba macam-macam hidangan yang enak sambil menikmati suasananya.
Namun pernahkah anda menemui sesuatu yang aneh di setiap kedai makan yang dikunjungi? Selain menu dan lokasi, tentu ada sesuatu yang cukup pelik untuk menarik perhatian anda. Terbaharu, seorang lelaki berkongsi penemuannya. Ikuti perkongsiannya secara lebih lanjut di bawah.
Seorang lelaki, encikbisjut, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi penemuannya baru-baru ini. Telah mengelilingi beberapa buah kedai makan di sekitar Bandar Sri Putra, Selangor, lelaki itu mula menyedari ada sesuatu yang sangat aneh.
Diperhatikan, lelaki itu sering terjumpa nota pelik yang selalu ditampal oleh para peniaga di beberapa buah kedai makan yang dikunjungi. Menurut salah satu nota, ia telah tertulis “Sila order makanan anda di dalam. Roti tidak boleh dipotong kecuali roti bajir. Tiada roti garing di sini.”. Hal itu bagi memberitahu pada pelanggan mengenai perkara tersebut.
Namun satu lagi nota yang ditemui pula lebih pelik. Nota tersebut memperingati pelanggan supaya; “Duduk dan tunggulah dengan sabar selepas membuat pesanan. Pakcik budiman akan masak sepantas yang boleh ye sayangku.”. Aduhai, makin aneh pula nadanya!
@encikbisjut #tiktokmalaysia #fypage #fypシ #fyp #lawakmalaysia ♬ Astaghfirullah – Hafiz Hamidun
Kreatif juga para peniaga meninggalkan nota sebegitu. Agaknya pengusaha kedai makan di sekitar Bandar Sri Putra ini suka mengusik pelanggan juga agaknya. Rasa terhibur pula membacanya.
Apa perkara yang paling pelik korang pernah temui di kedai makan yang pernah dikunjungi?
Kredit: encikbisjut
Baca Juga: Gara-Gara Isteri Geram & Merajuk Pasal Motor, Suami Pula Terpaksa Tanggung Padah..