Rancangan memasak dalam rancangan realiti TV sememangnnya menarik minat ramai penonton. Ini kerana, kesedapan dan kelazatan dipertontonkan kepada penonton dengan pembawaan yang menarik.
Salah satunya adalah rancangan TV pertandingan memasak MasterChef yang sememangnya popular dan terkenal di serata dunia. Dan, salah satu babak yang menggemparkan sosial media adalah salah satu episod MasterChef di negara Thailand.
Mana tidaknya, tular sebuah rakaman video di TikTok sebuah episod yang memerlukan peserta menggunnakan ular sebagai bahan utama dalam hidangan mereka. Menerusi video perkongsian semula oleh @babank.nawanreall1 itu, studio rakaman kecoh dengan jeritan peserta apabila mengetahui bahan utama masakan mereka adalah ular.
Apabila arahan mula diberikan, para peserta tanpa membuang masa terus mencari bahan-bahan lain dan terus memasak. Semakin menghampiri masa penamat, peserta dilihat sedaya upaya untuk membiasakan diri dengan menyiapkan hidangan tersebut.
Bayangkan, untuk membuang sisik atau kulit ular berkenaan itu juga mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang geli dengan sisik ular berkenaan. Memang naik bulu roma untuk masak ular.
Dengan reaksi muka yang ditunjukkan, terlihatlah bahawa mereka sangat geli dengan ular tersebut ketika proses menyiang dan memotong badan ular yang panjang itu. Perkongsian rakaman itu juga mendapat tontonan sebanyak 2.1 juta di YouTube dan 83 ribu tanda suka.
@babank.nawanreall1 Balas @itocaem selanjutnya masak apa ya kira”😳#mastechef #viraltiktokvideo #susahfyp😭
@babank.nawanreall1 Balas @itocaem selanjutnya masak apa ya kira”😳#mastechef #viraltiktokvideo #susahfyp😭 ♬ suara asli – Babank Nawan🔝
Meninjau pada ruangan komen, ramai netizen yang tidak menyangka masakan ular diberi kepada mereka untuk dimasak. Pelbagai rekasi yang ditunjukkan oleh netizen. Ada yang berkata, mereka sanggup mengundur diri dari program tersebut daripada memasaknya.
Misalnya, mengambil salah satu komen netizen daripada @AsiaFone, “tikus, kaki seribu kalajengking pun mereka masak dan jadi kuliner di sana,” tulisnya dalam ruangan komen berkenaan.
Seorang lagi pengguna TikTok bernama @zaaaaa berkata, “kalau aku sudah give up keluar terus biarlah gagal,’ luahnya sambil menyatakan kegeliannya kepada ular berkenaan.
Kalaulah MasterChef Malaysia ditugaskan untuk masak ular, mahu gempar satu negara. Tetapi, untuk makluman, negara jiran Thailand sememangnya memiliki kulinari yang dianggap ekstrem. Pernah dijual sate kalajengking di sana sebagai makanan jualan mereka.
Selain itu, makanan yang ekstrim dan terkenal di Thailand, ant egss juga menjadi buruan di sana. Ia juga pernah dimasukkan makanan paling aneh di Thailand. Walaupun begitu, kandungan vitamin yanng dimilkinya sangat tinggi. Ada vitamin B1, B2 dan juga protein.
Mungkin kita juga perlu menghormati adat dan budaya negara lain jika tidak membawa mudarat.
Sumber: @babank.nawanreall1
Baca juga: Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia