Bagi ramai, coklat merupakan pencuci mulut yang cukup lengkap. Terdapat pelbagai jenis coklat yang perlu dicuba seperti coklat gelap, coklat susu, coklat putih dan sebagainya.
Malah di pasar raya dan kedai serbaneka, terdapat pelbagai jenis snek dan jajan berperisa coklat yang boleh dicuba, antaranya coklat bar yang sangat enak dan mudah dimakan tanpa megira masa dan tempat. Selalunya ramai yang suka beli banyak-banyak dan jadikannya stok untuk dinikmati kemudian.
Tapi sebelum dimakan, pengguna perlulah berhati-hati dan memeriksa coklat bar yang dibeli. Ini kerana ada segelintir daripadanya mungkin mempunyai sesuatu yang aneh. Pengalaman itu telah dikongsikan oleh seorang wanita, anysabit.
Memandangkan hari sudah lewat malam, wanita itu telah ke dapur untuk mencari makan. Tak ingin kotor dan bersusah payah memasak, dia mengeluarkan stok coklat bar yang disimpan untuk mengisi perutnya yang kosong.
Mengambil beberapa coklat bar, wanita itu membuka plastik pembalutnya untuk menikmati coklat tersebut. Namun begitu, dia berasa hairan apabila menemui sesuatu yang aneh.
Diperiksa dengan lebih teliti, wanita itu menemui beberapa bintik putih pada coklat tersebut. Tak puas hati, dia memeriksa juga coklat lain bagi mendapat kepastian. Perkara sama turut terjadi, wanita itu berasa hairan dengan perkara tersebut.
Walaupun cuba bersangka hal itu terjadi mungkin kerana suhu yang panas, dia telah memilih untuk tidak memakan coklat bar tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
@anysabit Emm tak jadi lah nak makan 😅 #fyp #fypシ #fypシ゚viral
@anysabit Emm tak jadi lah nak makan 😅 #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – Adon ku Jaja bih🔥
Namun menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa memakan coklat itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan negatif. Menurut pengguna, eija, perkara itu bukan disebabkan oleh mana-mana ulat sebaliknya buih yang terhasil bila coklat sudah lama disimpan.
Sudah tentu sesiapa akan berasa risau bila menemui perkara sebegitu. Namun, jangan risau! Jika hal yang sama terjadi pada coklat anda, ia masih elok dan boleh dimakan. Paling penting anda perlu memeriksa tarikh luput sebelum membeli.
Kredit: anysabit
Baca Juga: Penat Masak Di Dapur, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Ibu Bapa