FoodPanda merupakan antara aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Mudah digunakan serta menampilkan pelbagai pilihan kedai makan dan restoran untuk pelanggan, ia diguna secara meluas.
Bukan sahaja memudahkan para pelanggan, peniaga juga dapat mencari pendapatan dengan mendapat banyak manfaat bila menggunakan FoodPanda.
Namun, pelanggan perlulah berhati-hati dan memilih restoran yang dipercayai. Ini kerana seorang wanita, schufqaa telah terkena dengan sebuah restoran di FoodPanda, menyebabkan dia kerugian. Ikuti perkongsiannya ini.
Memandangkan sudah terlalu lama menahan lapar dan tidak ingin ke dapur untuk memasak, wanita itu memilih untuk memesan makanan. Membuka aplikasi FoodPanda, dia mencari restoran yang sesuai untuk membeli.
Menemui sebuah restoran yang menjual hidangan lokal dan Barat, wanita itu terus memesan hidangan Char Kuey Teow bersama Lamb Chop. Nampak banyak tapi memandangkan teringin dan sangat lapar, dia berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang dipesan.
Teruja bila makanan sampai, wanita itu terus ke mengambil makanannya untuk dimakan. Walaupun Lamb Chop nampak sungguh menyelerakan, wanita itu berasa hairan apabila melihat Char Kuey Teownya.
Ini kerana Kuey Teow didapati hilang. Yang tiba hanya satu bekas kuah Char Kuey Teow bersama dua ekor udang dan sedikit daun kucai. Misteri itu membuatnya berasa sangat binggung dan sedih.
@schufqaa Sedih 😭 #fypdongggggggg ♬ original sound Schu Fcaa
Di ruangan komen pula, orang ramai berasa terhibur melihat perkara itu. Usik seorang pengguna, wanrose, kemungkinan tukang masak belum lagi siap memasak hidangan tersebut. Mesti dia sedang tercari bekas itu untuk meletakkan kuey teow yang baru sahaja disiapkan.
Manakala pengguna Marfa HF berpendapat bahawa hal itu disebabkan oleh udang tersebut. Mungkin mereka sudah menghabiskan kuey teow itu sebelum ianya sampai.
Sebelum memesan makanan menggunakan apa jua aplikasi, pastikan anda berhati-hati dan membuat pilihan yang tepat. Ini bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi pada diri anda.
Namun ada kalanya kesalahan sebegini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan oleh pihak peniaga. Nak buat macam mana, nasib kurang baik. Redha sahajalah.
Kredit: schufqaa
Baca Juga: “Ulat Ke Tu?”, Jumpa Benda ‘Aneh’ Pada Coklat Bar, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Makan