Jangan tak tahu, sebenarnya ada banyak port tempat makan yang menarik dekat Shah Alam. Boleh dikatakan semua jenis makanan ada di sini. Jom kita tengok 11 tempat makan best di Shah Alam, Selangor. Rugi kalau tak cuba sendiri!
Konsep restoran ini pasti akan mengingatkan anda pada Boat Noodle. Jangan tak percaya, harga makanan di sini semuanya RM 1.90 saja! Anda boleh mix & match menu ikut citarasa anda sendiri. Macam-macam makanan ditawarkan di sini antaranya nasi ayam cincang, mee hailam dan nasi paprik.
Bukan itu sahaja, malah pencuci mulut yang menyegarkan pun ada seperti pulut mangga, aiskrim kopi dan ais krim vanilla.
Sesuai untuk yang sedang mengawal bajet tapi nak rasa macam-macam makanan. Confirm puas hati!
Alamat : YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 11.00 malam
Facebook : Eat & Repeat Cafe Shah Alam
Bagi yang teringin hidangan Pantai Timur, bolehlah ke Warung Ambo yang terletak di Laman Glenmarie, Shah Alam. Pasti kerinduan anda pada masakan Kelantan akan terubat dengan aneka sajian yang ada di sini. Dari kuih-muih tradisional Kelantan sehinggalah ke makanan berat, segalanya lengkap di sini!
Ada macam-macam hidangan nasi yang anda boleh cuba seperti nasi ikan ayo, nasi kerabu, nasi ngosek dan banyak lagi.
Untuk tambahkan nikmat pada hidangan anda, pesanlah minuman yang menyegarkan tekak seperti teh madu atau teh hijau yang melimpah buihnya! Anda juga boleh bersarapan di sini kerana ia dibuka seawal 8.30 pagi.
Alamat : 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 4.00 petang
Facebook : Warung Ambo
Pak Li Kopitiam sudah tidak asing lagi di kalangan warga Shah Alam dengan banyak pembukaan cawangan di sini.
Tapi, cawangan mereka yang terletak di Seksyen 13 ni boleh dikatakan antara yang paling istimewa kerana lebih luas dan mempunyai reka bentuk yang cukup elegen, namun tetap mengekalkan ciri-ciri kedai kopi klasik. Memang sesuai untuk anda kunjungi bersama rakan dan keluarga.
Seperti di kebanyakan cawangan lain, antara menu yang laku keras di Pak Li Kopitiam adalah Nasi Lemak Ayam, Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak dan Nasi Ayam Lemon. Jangan lupa untuk pesan kopi mereka yang cukup kaw!
Alamat : 2, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 8.15 malam (Tutup setiap Isnin)
Facebook : Pak Li Kopitiam
Sebaik saja anda melangkah masuk ke restoran ini, anda pasti jatuh cinta dengan aroma hidangan patin tempoyaknya. Di sini, anda berpeluang untuk nikmati hidangan ikan patin tempoyak dengan citarasa asli Temerloh.
Dipadankan pula dengan ulam-ulaman segar, ia pastinya akan buatkan anda bertambah nasi!
Selain itu, terdapat juga aneka lauk-pauk Melayu yang anda boleh cuba. Kalau boleh datanglah sekitar 11.30pagi untuk makan tengah hari supaya tak terlalu sesak!
Alamat : 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 4.30 petang
Facebook : Restoran Temerloh Catering
Bila anda di Shah Alam, jangan lupa untuk pekena rojak dan cendol yang cukup istimewa di Rojak & Cendol Shah Alam!
Kedai cendol ni lebih special daripada tempat lain kerana menawarkan hampir 100 jenis cendol yang cukup unik dan menyelerakan.
Antara cendol rare yang anda boleh cuba di sini adalah cendol buah tin, cendol madu dan cendol marshmallow.
Menu cendol yang biasa kita tahu pun ada seperti cendol durian, cendol pulut dan cendol jagung. Confirm rambang mata bila pergi ke sini!
Alamat : Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200 Shah Alam
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 9.15 malam (tutup setiap Isnin)
Facebook : Rojak & Cendol Shah Alam
Terkenal dengan hidangan nasi gorengnya yang membukit, Nasi Bukit Padang Jawa pasti akan membuatkan anda kenyang sampai menyandar!
Warung ini sentiasa menjadi pilihan ramai pelajar kerana kedudukannya yang tak jauh dari UiTM Shah Alam. Di samping itu, sepinggan nasi goreng ini juga mampu buatkan dua orang kekenyangan dengan harga sekitar RM 5 hingga RM 10 saja!
Selain menawarkan menu nasi goreng membukit, menu menarik lain turut ditawarkan di sini seperti nasi ayam penyet, pecel lele, nasi ayam dan set nasi kambing.
Alamat : Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 tengah hari
Menawarkan hidangan Arab Syria dan masakan Western, Mozer’s Bukit Jelutong pasti dapat menepati citarasa anda dengan pelbagai menu menarik. Yang penting, rasanya memang padu!
Antara hidangan yang anda wajib cuba di sini adalah falafel sandwich, shawarma kambing dan nasi maglouba yang dihasilkan dengan resepi asli Timur Tengah.
Jangan lepaskan peluang untuk cuba pencuci mulut yang sedap di sini seperti banoffee, pavlova dan churros yang sangat garing!
Kebanyakan penggemar Mozer’s juga bersetuju yang harga makanan di sini sangat berpatutan dengan hidangannya yang lazat!
Alamat : 12G, D’Bayu Business Centre, 40160, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selango
Waktu Operasi : 11.30 pagi – 11.00 malam
Facebook : Mozer’s
Restoran Foodsbury tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warga Shah Alam. Bukan setakat menawarkan hidangan yang sedap-sedap belaka, malah suasana restoran ini juga bakal meninggalkan memori indah buat pengunjung.
Menawarkan hidangan Fusion, terdapat aneka menu yang menanti pelanggan antaranya Cheezy Chicken Parmigiana, Spicy Tomyam Spaghetti dan Buttermilk Chicken. Jangan lupa untuk lengkapkan hidangan anda dengan pencuci mulut istimewa seperti Dark Chocolate Crepe cake dan aneka cupcake yang enak di sini!
Alamat : 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 12.30 tengah hari – 10.00 malam (Tutup setiap Khamis)
Facebook : Foodsbury
Bagi yang sedang mencari port makan beramai-ramai bersama rakan dan keluarga, apa kata anda nikmati steamboat buffet d D Kayangan Steamboat?
Dari pilihan 12 jenis makanan laut segar serta 24 variasi perapan daging, kambing, ayam dan ikan, anda pasti takkan lupa penangan steamboat di sini. Harganya juga sangat berpatutan!
Anda suka makan di ruangan terbuka atau nak nikmati angin luar yang sepoi-sepoi bahasa? Pilih saja tempat duduk yang anda gemari. Memang sesuai untuk makan beramai-ramai kerana tempat makan dan ruang tempat letak kereta yang cukup luas!
Alamat : Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : snin-Sabtu : 4pm- 10.30pm
Ahad : 11.30am- 10.30pm
Facebook : D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Siapa yang tak kenal dengan restoran ini? Pengasasnya restoran iaitu Chef Zubir pasti takkan mengecewakan anda dengan aneka pilihan hidangan Western yang cukup menyelerakan seperti Chicken Burger, Spaghetti Bolognese dan Stik Tenderloin.
Yang terbaru, anda boleh cuba Laman Grill Special Platter iaitu menu gabungan yang terdiri daripada salmon, grilled chicken chop, rib eye, lamb rack dan pasta yang dihidangkan bersaa mashed potato, onion ring dan pasta istimewa.
Alamat : G33, Block 5, Laman Seri Business Park (Seksyen 13), 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 11.00 malam
Facebook : Laman Grill Steak & Bar-B-Que
Teringin nak makan nasi beriani Johor tapi belum sempat ke selatan? Jom ubati rindu anda dengan hidangan asli citarasa Johor di Restoran Pak Anjang Bariani Johore.
Menyajikan nasi beriani gam asli daripada Johor, anda berpeluang untuk nikmatinya dengan pelbagai pilihan lauk pauk seperti ayam, kambing dan daging.
Selain itu, hidangan lain yang cukup popular dari Johor pun ada di sini seperti mee rebus Johor, mee bandung Muar dan Laksa Johor.
Alamat : 44, Jalan Rugby 13/30, Seksyen 13 Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 9.30 malam
Facebook : Pak Anjang Bariani Johore Sect 13 Shah Alam
Tudia! Kalau dah sampai Shah Alam, alamatnya tak perlulah anda merantau jauh-jauh untuk nikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti hidangan Pantai Timur, gulai tempoyak ikan patin. Makanan arab dan Western pun ada banyak di Shah Alam!
Cakap saja nak apa, Shah Alam pasti ada! Harganya pun sangat berpatutan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom jalan-jalan cari tempat makan best di Shah Alam!