Anak-anak amat menggemari roti dan biskut. Ada kalanya hanya biskut sahaja yang mampu membangkitkan selera mereka. Jadi para ibu perlulah sentiasa berjaga-jaga dan menyediakan bekal biskut yang secukupnya.
Kalau selalu beli, tentu amat membebankan. Walaupun terdapat aneka biskut yang dijual di pasaran, tapi ia akan memakan perbelanjaan jika selalu dibeli. Sebaiknya, kita cuba buat sendiri di rumah. Boleh lah buat banyak-banyak terus, lebih jimat.
Di sini, kita kongsikan resepi biskut rosemary. Sangat sedap dan mudah sahaja untuk disediakan!
Resepi Biskut Rosemary. Sangat Sedap, Sampai Suami & Anak Berebut!
Bahan A
- 250 gram mentega (lembutkan pada suhu bilik)
- 30 gram shortening – guna yang ini
- 180 gram gula kastor
Bahan B
- 360 gram tepung gandum (diayak)
- 120 gram tepung jagung (diayak)
- 90 gram serbuk badam
Bahan C
- 1 sudu kecil herba rosemary kering (dikisar halus)
Bahan D
- 1 biji telur kuning
- Rosemary secukupnya
Cara penyediaan
- Satukan bahan A dan pukul sehingga lembut berkrim.
- Masukkan bahan B dan C, uli sehingga menjadi doh.
- Uli dan terap doh. Sapukan dengan kuning telur dan tabur herba rosemary atasnya.
- Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 25 minit atau sehingga biskut masak sepenuhnya. Sejukkan baru disimpan dalam bekas kedap udara.
Ringkas sangat resepi ini, kan? Anak-anak anda tentu suka! Tambahan, si suami pun boleh terpikat dengan keenakkan biskut ini mesti berebut pula nanti. Jadi, jom cuba resepi ini sekarang, sesuai untuk semua.
Kredit: Evelyn Gemina
Baca Juga: Resepi Kek Sarang Semut Versi Tak Perlu Perap Adunan, Boleh Terus Bakar! Serta Ini Tips Yang Ramai Tak Tahu