Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Adab Tak Semua Ada..”- Jual Roti John Sebelah Tong Sampah, Tindakan Peniaga Ini Sangat Jijik

“Adab Tak Semua Ada..”- Jual Roti John Sebelah Tong Sampah, Tindakan Peniaga Ini Sangat Jijik

Kategori:
JUAL ROTI JOHN

Kebersihan makanan dan minuman yang dijual perlulah sentiasa diutamakan oleh mana-mana pengusaha kedai makan. Jika diabaikan, perkara itu boleh menyebabkan keracunan makanan dan menjejaskan ramai pihak.

Selain kebersihan makanan, peniaga juga perlulah memastikan makanan dijual di tempat yang bersih dan sesuai. Oleh itu, pengguna juga perlulah berhati-hati dan memeriksa terlebih dahulu sebelum membeli dari mana-mana peniaga.

Jual Roti John Sebelah Tong Sampah, Tindakan Peniaga Ini Sangat Jijik

Terkini, seorang pengguna, sangokubrack telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi tindakan seorang peniaga yang dilihat sangat tidak bertanggungjawab.

Mengunjungi pekan yang terdekat untuk membeli barangan, , lelaki itu memantau persekitarannya sambil berada di dalam kereta. Kebetulan, dia tersedar kehadiran seorang peniaga di hadapan sebuah kedai. JUAL ROTI JOHN

Dilihat, peniaga itu menjual beberapa roti john. Namun, lelaki itu berasa tidak teringin untuk membeli dari sana setelah melihat tindakan jijik peniaga tersebut. Tidak mementingkan kebersihan, lelaki itu kecewa kerana peniaga tersebut tergamak jual roti john bersebelahan dengan tong sampah. JUAL ROTI JOHN JUAL ROTI JOHN

Meninjau di ruangan komen lain pula reaksi orang ramai pada video tersebut. Menurut seorang pengguna, jzm11190, seharusnya lelaki itu memainkan peranan dengan cara menegurnya. Perkara itu dapat membetulkan kesalahan peniaga dengan lebih elok.

Manakala pengguna Zyain berpendapat bahawa tindakan peniaga tidak salah. Ini kerana dia telah membungkus roti john sebaik mungkin menggunakan bungkusan plastik.

Tegur Cara Elok Lebih Baik Dari Viralkan JUAL ROTI JOHN

Tindakan peniaga ini jelas salah dan sangat tidak beretika. Kesalahan sebegini rupa boleh mengundang pandangan negatif kepada dirinya dan akhir sekali boleh menjejaskan perniagaan.

Walaupun begitu, sebagai seorang manusia, kesalahan sering dilakukan. Jadi dari diviralkan di media sosial, seharusnya pengguna menegur peniaga secara bersemuka mengenai perkara itu. Dengan cara tersebut, anda juga boleh membantu mereka memperbaiki kesalahan dan menambahbaik perniagaan mereka.

Kredit: sangokubrack

Baca Juga: Jual Nasi Lemak Kat Sekolah Pun Laku Keras, Mat Salleh Ini Turut Kongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap

tags: | |