Lauk udang amat digemari ramai. Namun jika dijual di kedai makan, ramai yang tak berani untuk memilihnya. Ini kerana harga udang adalah lebih mahal dari lauk yang lain atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, peniaga juga terpaksa mengenakan caj yang lebih.
Namun, ramai peniaga yang mengambil kesempatan atas hal itu. Seharusnya harga yang dikenakan perlulah berpatutan dan adil tapi lain pula yang dilakukan. Membebankan pelanggan, sudah tentu tindakan peniaga akan mendapat kecaman dari pelanggan.
Terbaharu, seorang wanita, farahmadzi berasa sangat geram dengan perkara yang menimpa ke atas dirinya. Memuat naik sebuah video di laman media sosial, dia berkongsi pengalamannya supaya tidak terkena pada orang lain.
Menurutnya, dia telah ke sebuah kedai mamak yang berhampiran bagi membeli makanan untuk dimakan kemudian. Setelah meninjau segala lauk yang ada, dia telah mengambil satu pek nasi putih bersama beberapa ekor udang goreng.
Ke kaunter untuk membayar makanan yang diambil, dia bagaimanapun terkilan apabila perlu membayar harga sebanyak RM14.50. Bila diminta penjelasan harga, wanita itu dimaklumkan bahawa harga nasi adalah RM2, manakala udang goreng itu pula berharga RM2.50 setiap ekor.
Sudah mengambilnya, wanita itu akur dan membayar makanan itu. Namun dia tetap berasa tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga yang mengenakan harga yang mahal sebegitu.
https://www.tiktok.com/@farahmadzi/video/7105679533881216283?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@farahmadzibab makan tu apa lah sangat kan? tapi ni udang sekor rm2.50 total semua rm14.50. kuah apa ssemua takde🥲🥲🥲 korang nilai lah sendiri mamak velocity ni mencekik darah♬ original sound – 🫶🏻
Di ruangan komen pula, orang ramai turut terkejut bagaimana wanita itu boleh memilih lauk tersebut. Ini kerana sudah menjadi perkara umum untuk elakkan ambil makanan laut dari mana-mana kedai kerana harganya lebih mahal dari lauk yang lain.
Menurut pengguna, Joel Yusof, “Kalau awak pergi pasar, baru awak tahu udang tu mahal sekarang. Orang niaga macam akan caj masak.”.
Tidak dinafikan bahawa kenaikan harga barangan akan memberi kesan pada harga makanan yang dijual di mana-mana kedai makan namun sebagai peniaga, janganlah terlalu mementingkan untung dan adillah ketika meniaga.
Kredit: farahmadzi
Baca Juga: “Memang Banyak Cabaran..” – Peniaga Luah Rasa Kecewa, Penat Buat Laksam Last Sekali..