Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berikanlah Aku Kesabaran..”, Pelanggan Nak Cancel Order Macam Tu Je, Rider Grab Penat Tunggu Makanan Siap

“Berikanlah Aku Kesabaran..”, Pelanggan Nak Cancel Order Macam Tu Je, Rider Grab Penat Tunggu Makanan Siap

Kategori:
rider Grab

Pada zaman sekarang, ramai anak muda memilih kerja sebagai penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai food rider untuk bekerja sepenuh masa ataupun sambilan. Ia bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana memerlukan kesabaran dalam menempuh hari panas dan hujan demi menghantar makanan.

Tambahan lagi, dalam melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam jenis, ia sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak dinafikan, ada pelanggan yang pemurah kerana memberi tips atau wang lebih. Tetapi tidak kurang juga ada yang jenis kurang memahami.

“Berikanlah Aku Kesabaran..”, Pelanggan Nak Cancel Order Macam Tu Je, Rider Grab Penat Tunggu Makanan Siap

Terbaharu, satu video perkongsian di TikTok oleh @mhdhadzrin menceritakan nasib malang menimpanya apabila pelanggan mahu membatalkan pesanannya terus. Ini terjadi setelah dia lama menunggu makanan tersebut di sebuah kedai makan untuk mengambil pesanan berkenaan.

Dia yang juga seorang rider Grab berkata, proses penghantaran makanan memerlukan masa yang sekejap sahaja. Kelewatan berlaku apabila para penghantar makanan ataupun rider tersebut harus menunggu lama di kedai sementara menunggu makanan siap.

Dan, dalam menunggu pesanan berkenaan, riderlah yang harus menjawab segala pertanyaan daripada pelanggan berkenaan ‘berapa lama lagi nak siap order saya?’. Sistem di situ terkadang mengelirukan kerana kebanyakan pelanggan berfikiran rider yang lambat dan melengahkan masa untuk menghantarnya.

Menerusi paparan video tersebut, satu perbualan mesej ditunjuk oleh rider Grab berkenaan bersama pelanggannya. Dia berkata “saya tanya dah. Dia kata tengah buat, tak pasti lah,”, menjawab pertanyaan pelanggannya.

Pelanggannya membalas “okay. kalau lambat nak cancel adik”. Dan dia membalas kembali, “penat saya tunggu,” lalu dibalas pula dengan “it’s too late (sudah terlambat),”.

rider Grab

rider Grab

@mhdhadzrin

Berikanlah aku kesabaran 🫠😌

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

@mhdhadzrinBerikanlah aku kesabaran 🫠😌♬ original sound – Bubih

Meninjau hantaran komen, ramai yang mengasihani nasib rider Grab berkenaan kerana memikirkan masa dan tenaga menunggu makanan siap di kedai dan tiba-tiba pelanggan hendak membatalkan pesanan.

Mengambil salah satu komen netizen yang bernama @4yie, dia berkata, “pelanggan tak faham apa maksud sidai. Setiap saat itu berharga bagi rider,”.

Selain itu, pengguna TikTok lain, @_rulzz berkongsi pengalaman sama. Dia berkata “pernah tunggu 40 minit dah dekat Pizza Hut tiba-tiba customer cancel tak cakap apa,” luahnya di ruang komen berkenaan.

Seterusnya, ada juga netizen yang memberi pendapat, “aku kadang-kadang fikir, selagi tak sampai tangan rider, patut kedai yang jawab any soalan, bukan kerja rider,” jelasnya.

Patut Kedai Jawab Soalan Kenapa Makanan Lambat Siap, Bukan Rider

rider Grab

Secara rumusan, kita boleh simpulkan bahawa pengetahuan pelanggan terhadap hal ini amatlah penting untuk tidak menimbulkan kekeliruan serta salah faham. Hal ini kerap berlaku kepada rider makanan kerana mereka menunggu lama untuk mengambil makanan di kedai, tetapi pelanggan menyalahkan mereka kerana lambat menghantar.

Sumber: @mhdhadzrin

Baca juga: Nak Buat Air Terus Tak Jadi, Peniaga Ini Cuak Gara-Gara Dirakam Pelanggan Demi Content TikTok

tags: | |