Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » 10 Tempat Makan Best di Kuala Selangor Yang Anda Wajib Cuba. Macam-Macam Ada!

10 Tempat Makan Best di Kuala Selangor Yang Anda Wajib Cuba. Macam-Macam Ada!

Kategori: ,

Kuala Selangor menjadi pilihan ramai pelancong yang ingin lari dari kesibukan kota. Pemandangan sawah luas terbentang sememangnya dapat memberikan ketenangan.

Selain mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, ada banyak tempat makan best di Kuala Selangor yang anda wajib singgah. Jom kita lihat hidangan menarik yang ditawarkan dekat sini!

10 Tempat Makan Best di Kuala Selangor Yang Anda Wajib Cuba

10. Warung Roti Canai Pelangi

Bagi yang suka mencari roti canai pada setiap pagi, di Kuala Selangor ada sebuah gerai yang menyajikan roti canai yang sangat unik dan berwarna-warni.

Setibanya ke sini, anda pasti terkejut dengan warna roti canai yang disediakan di sini. Kalau nak tahu, setiap warna pada roti canai ini memberikan perisa yang menarik untuk pilihan pelanggan.

Contohnya, roti canai biru berperisa keladi, warna merah jambu berperisa strawberi, yang berwarna hijau pula berperisa epal.

Menarik, bukan? Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk padankan roti canai dengan aneka kari yang lazat seperti kari kaki ayam dan kari kambing.

Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (tutup setiap Isnin & Jumaat)

Facebook : Roti Canai Pelangi

9. Warung Soto Pasir Penambang

Walaupun menu yang ditawarkan cukup ringkas, namun warung ini pernah mendapat liputan akhbar tempatan! Menyajikan soto yang enak, kuahnya yang pekat dan penuh rasa pasti buatkan anda teringat!

Dipadankan pula dengan bergedil, ayam diracik dan sambal kicap, ia boleh buatkan anda makan bertambah!

Selain itu, warung ini juga menyajikan menu masakan goreng serta produk tempatan seperti tapai, aneka kerepek, kuih bakar dan aiskrim. Sesuai bagi yang ingin nikmati hidangan ringan pada waktu petang!

Alamat : Lot 321, Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 6.00 petang (tutup setiap Isnin)

8. Satay Hut Tanjong Karang

Kalau nak tahu, ada satu port makan sate yang best di Kuala Selangor! Rugi anda tak singgah makan sate di Satay Hut Tanjong Karang!

Ramai yang kata sate di sini sedap sebab rasanya lain dari yang lain. Saiznya pun agak besar. Kalau nak tau lain macam mana, kenalah cuba sendiri! Bagi masakan goreng pula, ramai yang kata mee bandung dan nasi goreng di sini sedap.

Alamat : Lot 74 Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 1.00 pagi

Facebook : Satay Hut Tanjung Karang 

7. Restoran Pantimor

Untuk nikmati aneka menu sarapan pagi di Kuala Selangor, anda wajib singgah ke Restoran Pantimor yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim.

Seawal jam 8 pagi, ramai yang sudah mula mencari roti bakar untuk dinikmati bersama secawan kopi. Pada waktu tengah hari pula, ramai yang berkunjung ke sini untuk nikmati variasi lauk pauk Melayu seperti gulai dan lauk masak lemak yang cukup padu. Harganya juga sangat berpatutan!

Alamat : Jalan Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang

6. Restoran Dinding Gelas Besar

Bagi yang nak nikmati minuman yang menyegarkan selepas penat berjalan, jangan lupa untuk singgah Restoran Dinding Gelas Besar. Anda pasti terkejut dengan saiz gelasnya yang sangat besar, boleh buat 2 orang hilang dahaga!

Jangan tak percaya, aneka menu minuman gelas besar di sini boleh didapati dengan harga serendah RM5 saja! Kalau nak tahu, restoran ini cukup popular dengan Coconut Shake yang menyegarkan tekak seperti Coconut Shake Strawberi dan Coconut Shake Jagung. Menariknya!

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan menu yang anda boleh cuba di sini seperti Char Kuey Teow, mi bandung, nasi ayam dan laksa.

Alamat : Kampung Sungai Yu, 45500 Tanjung Karang, Selangor

Waktu Operasi : 8.30 pagi – 5.00 petang (Tutup setiap Selasa)

Facebook : Restoran Dinding Gelas Besar Tg. Karang 

5. Cendol Durian Borhan

Masih ada ruang untuk nikmati pencuci mulut? Jomlah singgah ke Cendol Durian Borhan. Cukup popular di kalangan warga Kuala Selangor dan pelancong, ramai yang datang ke sini untuk nikmati Cendol Durian yang disajikan menggunakan buah durian sebenar atau pes durian D24. Dua-dua sedap!

Selain itu, anda juga boleh cuba hidangan lain seperti rojak dan kuey teow.

Alamat : Batu 2 Jalan Tg Karang, Jln Klang – Teluk Intan, Kuala Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 7.00 petang (tutup setiap hari Jumaat)

Facebook : Cendol Durian Borhan Kuala Selangor

4. Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Rasanya kunjungan anda ke Kuala Selangor tak sah kalau tak nikmati semangkuk mee udang yang sangat popular di sini.

Rugi tak cuba mee udangnya yang berkuah pekat yang dipadankan dengan udang berisi penuh dan berjus. Kalau anda datang pada waktu malam, anda juga mungkin berpeluang untuk tengok kunang-kunang sambil nikmati hidangan yang dipesan!

Alamat : Batu 3 1/2, Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Waktu Operasi : 11.00 tengah hari – 7.00 malam (tutup setiap Isnin)

3. Abah Ikan Bakar

Ramai yang terkejut bila melihatkan saiz udang galah yang sangat besar di Abah Ikan Bakar! Walaupun harganya agak mahal, namun hidangan udang galah dan aneka makanan laut yang dihidangkan sangat enak dan berbaloi.

Jika anda berpeluang ke sini, jangan lupa untuk pesan menu popular seperti Udang Salted Egg, Siakap 3 Rasa, dan Ketam Masak Butter.

Alamat : Kampung Sungai Hj Dorani 45300 Sungai Besar. Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 12.30 tengah hari – 10.30 malam (Isnin,Rabu, Khamis & Sabtu)

2.30 petang – 10.30 pagi (Jumaat)

10.00 pagi – 10.30 malam (Ahad) [Tutup setiap Selasa]

Facebook : Abah Ikan Bakar

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

2. Thyme Taste & Grill

Bila tekak anda teringin hidangan Western, singgahla ke Thyme Taste & Grill. Di sini, terdapat aneka menu western klasik dengan portion yang agak besar. Antara menu yang menanti pelanggan adalah chicken chop. Fish & Chips, Mushroom Soup dan aneka pasta. Big Burgernya pula boleh buatkan 2 orang kenyang!

Alamat : No 5 Peninsular Park, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor

Waktu Operasi : 5.00 petang – 10.00 malam

Facebook : Thyme Taste & Grill Kuala Selangor

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

1. OrangOrang Art Café

Pernah mendapat liputan khas dari rancangan TV popular Jalan-Jalan Cari Makan, anda wajib singgah ke OrangOrang Art Café untuk nikmati pelbagai menu rare. Jarang didapati di kedai makan lain, café ini menawarkan menu berasaskan belangkas, belut sawah dan haruan sawah!

Pasti sedap bila diolah jadi hidangan bakar dan lauk pauk yang menyelerakan seperti sambal dan masak pedas.

Bukan itu saja, menu Shellout dan Western pun ada! Latarbelakang sawah padi di café ini juga pasti menjanjikan pengalaman menarik buat anda. Nak bercamping dekat sini pun boleh!

Alamat : Jalan Parit 3 Timur, Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi : 4.00 petang-10.00 malam (Isnin,Rabu,Khamis & Jumaat)

11.00 pagi – 10.00 malam (Selasa, Sabtu dan Ahad)

Facebook : OrangOrang Art Café

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

Tempat Makan Best di Kuala Selangor

Tak sangka ada banyak tempat makan best di Kuala Selangor ni. Bukan setakat makanan laut segar dan eksotik tersedia untuk pengunjung, malah hidangan menarik lain seperti roti canai pelangi dan hidangan Western pun ada!

Memang rugi kalau tak singgah. Bagi yang nak ke Kuala Selangor nanti, jangan lupa untuk luangkan masa bersama rakan dan keluarga di tempat makan menarik ni. Pasti takkan menyesal!

tags: |