Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aku Ke Yang Salah Order?” – Lelaki Hairan, Beli Nasi Lemak Tapi Jumpa Benda ‘Pelik’

“Aku Ke Yang Salah Order?” – Lelaki Hairan, Beli Nasi Lemak Tapi Jumpa Benda ‘Pelik’

Kategori:
beli nasi lemak tapi

Nasi Lemak merupakan hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Walaupun sudah wujud semenjak dahulu lagi, ia masih lagi terkenal. Malah, terdapat pelbagai variasi dan kombinasi Nasi Lemak menarik yang boleh dicuba seperti Nasi Lemak Cheese, Sushi Nasi Lemak, Kek Keju Nasi Lemak dan sebagainya.

Seperti dilihat, segelintir kombinasi yang telah dicipta sangatlah aneh. Ada yang menjadi, ada pula yang sebaliknya. Hakikatnya tak semua suka apabila rasa asli Nasi Lemak ‘dirosakkan’ dengan penambahan bahan asing.

Lelaki Hairan, Beli Nasi Lemak Tapi Jumpa Benda ‘Pelik’

Terbaharu, seorang pengguna, mohdkhilfi83, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi pengalaman yang begitu aneh buat dirinya.

Telah membeli sebungkus Nasi Lemak dari seorang peniaga berhampiran, lelaki itu membawanya pulang untuk dinikmati. Dibelek, rupa Nasi Lemak itu seperti biasa dan lengkap. Ada nasi, sambal ikan bilis, telur rebus dan timun tapi dia berasa hairan bila menemui sesuatu yang aneh. beli nasi lemak tapi

Dilihat, lelaki itu berasa pelik bila jumpa seekor ikan masin dalam Nasi Lemak yang dibeli. Menurutnya, Nasi Lemak sekarang ini macam-macam. Ada sahaja macam-macam bahan yang diletakkan. beli nasi lemak tapi

https://www.tiktok.com/@mohdkhilfi83/video/7106706464919653658?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@mohdkhilfi83 #fypシ#trending ♬ bunyi asal – Mohd Khilfi

Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai berpendapat bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Menurut seorang pengguna, art5110ath555tra, di tempatnya, ikan masin sering ditambah pada setiap hidangan Nasi Lemak tapi apa yang lebih pelik, ikan masin yang diberi sentiasa mempunyai beberapa helai bulu ayam. Jadi, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing buatnya.

Manakala pengguna haslinamohdlatif berkata bahawa Nasi Lemak bersama ikan masin ini bukanlah perkara yang pelik di negeri Perak. Sering dihidang bersama, ia menyedapkan lagi rasa Nasi Lemak tersebut.

Nasi Lemak Ikan Masin Bukanlah Benda Asing  beli nasi lemak tapi

Bagi mereka yang tak pernah cuba, sudah tentu Nasi Lemak ikan masin ini sesuatu yang sangat pelik. Namun, setelah dicuba, lelaki itu berpendapat bahawa kombinasi tersebut tidaklah sepelik yang disangka dan rasanya sangat sedap, kena dengan seleranya. Nanti, bolehlah cuba lagi. beli nasi lemak tapi

Apakah kombinasi Nasi Lemak yang paling pelik anda pernah cuba?

Kredit: mohdkhilfi83

Baca Juga: Ada Rezeki Lebih Belanja Anjing Makan Pizza Hut, Netizen Terharu Sifat Penyayang Lelaki Melayu Ini

tags: | |