Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Asyik Makan Gulai Ikan Tenggiri Sahaja? Ini Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Hijau, Rasailah Kelainannya!

Asyik Makan Gulai Ikan Tenggiri Sahaja? Ini Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Hijau, Rasailah Kelainannya!

Kategori: ,
ikan tenggiri masak sambal hijau

Selain ikan kembung atau ikan selar, ikan tenggiri merupakan antara jenis ikan yang kerap dan selalu juga dimasak dalam masakan tempatan. Ia juga mempunyai pelbagai cara masakan, jadi tak hairanlah ikan tenggiri memang popular di kalangan orang kita

Biasanya, ikan tenggiri dimasak dengan cara penyediaan gulai selain goreng begitu sahaja. Jadi, untuk kali ini, kami ingin memberi satu resepi masakan ikan tenggiri yang pastinya sedap dan tidak jemu dimakan.

Lagi-lagi untuk orang yang suka makan pedas! Jom kita tengok dan try sendiri resepi ikan tenggiri masak sambal hijau ni! Memang masakan yang mengancam!

Asyik Makan Gulai Ikan Tenggiri Sahaja? Ini Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Hijau, Rasailah Kelainannya!

ikan tenggiri masak sambal hijau

Bahan-Bahan Kisar Kasar:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 15 biji cili api
  • 5 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh belacan

Bahan-Bahan Tumis:

  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (hiris kasar)
  • 3 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing.
  3. Asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikiisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ikan yang sudah digoreng, bawang besar, cili hijau.
  5. Kacau rata semuanya agar sebati dan mengena.
  6. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  7. Selepas itu, kacau semuanya sekali lagi dengan sebati serta rata.
  8. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Kacau untuk yang terakhir kalinya agar bumbu dan ikannya saling meresap dan bersatu.
  9. Siap! Dan selamat menjamu selera.

ikan tenggiri masak sambal hijau ikan tenggiri masak sambal hijau

Alright! Dah siap kita punya resepi ikan tenggiri masak sambal hijau. Kalau kata orang Melaka, memang merecik hawau! Sangat direkomendasikan untuk orang yang syka makan pedas. Tahap kepedasan tu bergantung kepada jumlah cili yang diletak.

Jadi terserah anda mahu pedas tahap mana. Tapi, harus diingatkan untuk bepada-pada kalau makan pedas tau! Untuk kesihatan kita semua juga!

Selamat mencuba dan menikmati!

Kredit: Yunie Signature

Baca juga: Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!

tags: | |