Indonesia sering menjadi destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai lokasi yang menarik serta kos perbelanjaan yang berpatutan.
Sambil bercuti, ramai pelancong yang mengambil kesempatan untuk mencuba pelbagai hidangan asli Indonesia sementara ada di negara tersebut.
Namun, sebuah ciapan yang tular baru-baru ini membuatkan ramai kembang tekak. Video yang dimuatnaik oleh @MALAYSIAVIRALL memaparkan aksi seorang penjaja Indonesia yang bertudung menyajikan hidangan sate ular.
Di samping itu, ramai yang turut perasan tawaran menu lain yang eksotik dari peniaga tersebut. Didakwa sebagai hidangan tradisional yang sihat, antara menu ekstrim lain yang turut ditawarkan adalah beraskan biawak dan tokek.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1537304652282494976
Sebuah video lain memaparkan seorang penjaja berkopiah menjadi bukti yang jualan menu ekstrim di negara jiran bukanlah perkara yang asing, namun ia membuatkan ramai warganet tempatan loya. Dilihat penjaja lelaki ini juga menggunakan kaedah yang hampir sama dengan wanita dalam video sebelumnya.
Melihatkan pemakaian penjaja yang bertudung dan berkopiah membuatkan ramai tak senang. Seperti yang kita tahu, orang Islam tak boleh makan hidangan eksotik sebegini.
Justeru itu, @MALAYSIAVIRALL menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih hidangan di tepi jalan. Penjaja yang berpakaian seperti orang Islam pun tidak menjamin status halal makanan tersebut.
Isu yang tular ini juga mengingatkan netizen kepada penemuan bakso yang diperbuat daripada daging tikus.
Walaupun sudah dinasihati supaya jangan makan di warung itu, ramai yang mengendahkan nasihat dengan alasan peniaga tersebut beragama Islam dan sediakan hidangan yang lazat. Pelajar dari Malaysia pun terjebak sama!
Video ini boleh menjadi bukti kukuh bahawa hidangan yang ditawarkan di negara jiran tak semuanya halal walaupun peniaga berkopiah atau bertudung.
Sebagai umat Islam, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan pastikan ramuan yang digunakan halal dan selamat untuk dimakan.
Semoga video yang tular ini dapat menjadi pengajaran kepada semua supaya tak makan secara sembarangan tanpa periksa terlebih dahulu. Risau sangat kalau termakan hidangan yang tak halal!
Sumber : Twitter @MALAYSIAVIRALL