Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Snowflakes Crisp, Sangat Popular Di Taiwan! Buat Sendiri Lebih Jimat, Tentu Sedap

Resipi Snowflakes Crisp, Sangat Popular Di Taiwan! Buat Sendiri Lebih Jimat, Tentu Sedap

Kategori: ,
SNOWFLAKES CRISP

Mungkin ramai yang tak tahu tapi Snowflakes Crisp merupakan biskut yang sangat terkenal di Taiwan. Mempunyai tekstur yang kenyal dan rangup, rasanya manis, masin dan sedikit masam. Macam menarik, kan?

Bila dah tahu, tentunya anda nak cuba. Tak perlu ke Taiwan semata-mata untuk merasainya, di sini kami kongsikan resepi Snowflakes Crips yang telah diolah oleh Na Diyaa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Nampak sungguh menyelerakan, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Snowflakes Crisp, Sangat Popular Di Taiwan! Buat Sendiri Lebih Jimat, Tentu Sedap

Bahan-bahan

  • 150 gram dried strawberry – dapatkan di sini untuk harga yang lebih murah
  • 600 gram marshmallow
  • 150 gram salted butter
  • 220 gram susu tepung full cream
  • 100 gram whole roasted almond
  • 150 gram roasted pistachio
  • 400 gram biskut

Cara penyediaan

  1. Guna kuali nonstick dan cairkan butter.
  2. Masukkan marshmallow. Kalau marshmallow bersaiz besar, potong kecil-kecil supaya senang cair.
  3. Bila dah cair, masukkan susu tepung, kacau sebati dan satukan kekacang, biskut dan dried strawberry.
  4. Kaup dengan spatula, tutup api.
  5. Taburkan susu tepung dalam loyang supaya tak melekat.
  6. Tuang adunan, tekan sampai padat. Ratakan dengan penekan kek lapis pun boleh.
  7. Potong selepas sejuk, boleh gaul dengan susu tepung supaya tak melekat bila simpan dalam bekas. SNOWFLAKES CRISP SNOWFLAKES CRISP SNOWFLAKES CRISP SNOWFLAKES CRISP SNOWFLAKES CRISP

Mudah sangat resepi ini, kan? Bagi korang yang teringin untuk tahu rasa Snowflakes Crisp, cubalah resepi ini. Confirm sedap dan kena dengan selera.

Selamat mencuba!

Kredit: Na Diyaa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Nak Breakfast Yang Mudah? Jom Cuba Resepi Lempeng Kelapa Yang Enak, Teringat Pula Dekat Emak

tags: | |