Dalam proses mengandung, salah satu benda yang kebanyakan ibu mengandung lalui adalah mengidam. Mengidam boleh dimaksudkan dengan perasaan keinginan yang kuat dengan secara tiba-tiba dari segi pemakanan dan perlakuan.
Ia juga adalah proses yang tidak terkawal dan bergantung kepada individu tersebut. Setiap ibu yang hamil akan mengalami keinginan yang berbeza-beza. Perasaan mengidam disebabkan peningkatan hormon progestron yang aktif sepanjang kehamilan.
Terbaharu, tular satu perkongsian video di TikTok oleh @abang_manggis tentang kisah keluarganya mencari oyster di laut kerana wife mengidam hidangan oyster berkenaan.
Menurutnya, satu keluarganya memang memiliki ilmu mencari tiram laut dan sudah menjadi satu kebiasaan kerana ia merupakan salah satu hobinya. Hanya satu hal yang tersilap, kerana mereka tidak perasan air pasang di laut akibat teruja mencari oyster atau tiram laut berkenaan.
“Cuma silap kami terlalu teruja mencari sehingga air pasang tak perasan,” jelasnya untuk mengelakkan salah faham orang ramai tentang kisah mengidam isterinya itu.
Di dalam perkongsian video itu juga, dia memaparkan pengalaman dan kisah yang dilalui oleh mereka sekelurga ketika turun mencari oyster. Syukurlah semua selamat dan hasil yang didapati mereka agak lumayan.
“Nasib Allah panjangkan nyawa kami sekeluarga termasuk lah wife dengan baby yang dia kandung,” tulisnya sebagai keterangan video berkenaan. Isterinya juga menyertai pencarian oyster yang diidamkannya itu.
“Actually, saya just nak share story je, bukan sekali dua kami turun laut. Isteri saya pun join termasuk family. Nak turun mesti kena ada ilmu. Kalau bukan sebab wife nak makan pun, memang kami rajin turun,” jelasnya.
@abang_manggis Pengalaman paling mahal❤️ #fypシ #pengalaman #mummycraving #suamimithali #demianak #lemas #lautandalam #ombakbesar #lautpasang
@abang_manggis Pengalaman paling mahal❤️ #fypシ #pengalaman #mummycraving #suamimithali #demianak #lemas #lautandalam #ombakbesar #lautpasang ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Meninjau komen netizen, rata-rata terharu dengan pengorbanan mereka sekeluarga melayan permintaan ibu mengandung. Ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam mereka di ruangan komen berkenaan.
Mengambil salah satu komen netizen, @klyn berkata, dia pernah merasai perasaan yang sama ketika mengandung dan mengidam. Ia adalah satu perasaan yang tidak boleh diluah oleh kata-kata.
“Akak pernah rasa sekali. Nak pisang goreng pukul 12 malam. Mana nak cari. Memang nangis walau dapat esoknya. Tapi feel dia tetap lain,”jelasnya dalam ruangan komen.
Itulah, kadanng-kadang wife mengidam ni memang tak boleh buat main-main. Syukur keluarga itu terselamat dan semoga semuanya baik-baik sahaja. Didoakan juga pada bakal ibu dan semua ibu mengandung di luar sana. Anda memang hebat!
Sumber: abang_manggis
Baca juga: Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..