Isu kenaikkan harga barangan seperti makanan dan minuman jelas memberi impak yang besar pada seluruh masyarakat. Bukan sahaja pengguna, malah para peniaga juga merasai impaknya pada perniagaan mereka.
Ini kerana kenaikkan harga barangan dari semasa ke semasa akan memaksa pengusaha kedai makan dan restoran untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual. Hal tersebut membuat ramai pelanggan berasa tidak berpuas hati.
Namun ada juga segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan dengan situasi terkini. Tak ingin kerugian, mereka bukan sahaja menaikkan harga malah mengurangkan portion.
Terbaharu, seorang lelaki, halimsamad telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi pengalaman yang mengecewakan yang terjadi ke astas dirinya.
Mengunjungi ke sebuah kedai makan bagi menikmati sepinggan Nasi Ayam, dia telah memesannya. Namun ketika ia dihidangkan, dia berasa terkilan melihat hidangan itu.
Menurutnya, dia keliru bagaimana harga makanan itu meningkat tapi kualiti semakin merosot. Ini kerana ayam yang dihidangkan adalah sangat kecil, tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Hal itu sampai membuatnya tergaru-garu kepala.
@halimsamad dah la harga naik,ayam pula kecil #nasiayam #fypシ゚viral
@halimsamad dah la harga naik,ayam pula kecil #nasiayam #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – ynayna88
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut hairan dengan perkara tersebut. Menurut seorang pengguna, nabilalala yang merupakan seorang peniaga, dia juga berasa pening dengan situasi sekarang. Ini kerana meskipun harga semakin meningkat tapi ada kalanya dia akan mendapat ayam yang bersaiz kecil. Tapi nak buat macam mana, dia hanya peniaga dan terpaksa menurut keadaan.
Jelas keadaan sekarang membebankan pengguna. Oleh itu, beberapa warganet turut menasihati supaya membuat pilihan yang bijak. Jika ingin berjimat dan tidak ingin rugi, sebaiknya masak sendiri di rumah. Tak perlu pening-pening.
Nak meniaga perlulah ikhlas dan tidak mengambil kesempatan. Meskipun kenaikkan harga barangan telah membebankan ramai pihak, para peniaga perlulah adil dan tidak terlalu mementingkan untung.
Makan mahal tak mengapa, paling penting puas hati.
Kredit: halimsamad