Puteri ayu memang menjadi kegemaran orang ramai kerana teksturnya yang gebu dan sedap, memikat sesiapa sahaja yang menggigitnya. Resepi puteri ayu sanggat popular sedikit satu ketika dahulu kemudian sekejap menyepi.
Namun, sekarang ramai yang tergoda dengan resepi versi baharu iaitu puteri ayu cheese. Selain rasanya yang sedap, memang ia cantik dipandang! Anda akan teruja dengan melihat puteri ayu yang comel dan gebu.
Jadi, jom buat sama-sama!
Resepi Puteri Ayu Cheese Warna Warni, Bukan Sahaja Cantik! Tapi Sedap Dan Cair Di Mulut!
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur
- 2 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan atau susu cair
- 1 sudu tteh ovalette
- Pewarna pilihan (mengikut suka)
- Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan
Bahan-Bahan (Cream Cheese):
- 250 gram cream cheese
- 80 gram gula castard
- 25 ml air
- 20 gram tepung gandum
- 1 biji telur
Cara Penyediaan:
- Satukan kesemua bahan-bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.
- Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
- Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
- Masukkan santan atau susu cair dan tepung. Lalu pukul lagi hingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
- Sediakan acuan [uteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
- Didihkan air di dalam kukusan.
- Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
- Setelah itu, letakkan adunan bewarna hingga penuh dan klukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
- Dah siap puteri ayu cheese kita!
Tips: Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih. Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheesse ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.
Puteri ayu cheese ini sekali pandang macam apam dot. Tetapi jangan tersilap! Ia mempunyai cheese di dalamnya. Nak try tang manalah yang lainnya, bolehlah cuba resepi ini sendiri di rumah!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Aine Binti Madon
Baca lagi: “Saya Amalkan Hampir 13 Tahun..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim Walau Cecah Umur 40