Kehilangan orang tersayang adalah satu perkara yang menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika ianya adalah ahli keluarga yang paling rapat. Dari kecil hidup bersama, makan, mandi dan tidur pun bersama. Namun sampai satu ketika berlakunya perpisahan.
Tidak kira sama ada perpisahan tersebut adalah disebabkan oleh orang tersayang membina keluarga baru atau pun kematian. Malah apa yang lebih menyakitkan adalah apabila kita kehilangan insan tersayang tanpa tahu ke mana dia pergi.
Bukan meninggal namun kita tidak dapat menjejakinya lagi. Langsung tiada khabar berita. Entah sudah makan atau belum, entah bahagia ke tidak. Pastinya situasi ini lebih menyakitkan ahli keluarga terdekat.
Hendak dikatakan kena culik, tidak juga namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita di aplikasi TikTok. Wanita yang dikenali dengan nama Nurizlika93 sempat meminta orang ramai mendoakan adiknya yang hilang selepas berkahwin.
Menerusi video tersebut, dia memuatnaik beberapa keping gambar adiknya dan banyak daripadanya adalah gambar adiknya menikmati makanan. Menurut Nurizlika, adiknya tersebut sudah berkahwin dan sudah 2 tahun tidak pulang ke rumah.
Terakhir dapat dihubungi adalah pada bulan 8 tahun lepas. Apa yang lebih merisaukan lagi adalah apabila satu keluarga suaminya juga tidak dapat dihubungi. Malah sebelum ini, keluarga suami adiknya itu juga cuba lari dari Nurizlika sekeluarga.
Di postingan tersebut, Nurizlika sempat memohon maaf kepada adiknya kerana terpaksa mencari dengan cara begini. Sempat meluahkan rasa rindu dan sayang, wanita ini berharap adiknya cepat ditemui.
https://www.tiktok.com/@cinta_nuriz/video/7111109840881077531?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@cinta_nuriz Ya Allah kau temukan Dan satukanlah kami sekeluarga🤲♥️ #fypシ゚viral ♬ original sound – SHAFIQMANAN
Nurizlika juga sempat bercerita di postingan lain bahawa dia kerap bermimpi mengenai adiknya itu. Seolah-olah ia petanda bahawa adiknya memerlukan bantuan.
https://www.tiktok.com/@cinta_nuriz/video/7110144926884678939?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@cinta_nuriz aku janji aku akan carik kau sampai jumpa ifaaa.. sejauh mana diorang nk sorokkan kau.. #fypシ゚viral ♬ suara asli – Penyair Emosian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga wanita ini. Malah ada juga yang berasa pelik kenapa keluarga suami adiknya itu block wanita ini.
Tidak kurang jua ramai warganet yang mendoakan agar segala urusan keluarga wanita ini dalam pencarian adiknya dipermudahkan dan adiknya cepat ditemui dengan selamat.
Kehilangan yang sebegini adalah sangat menyakitkan. Kerana kehilangan sebegini kita sukar untuk menjejakinya, tidak tahu sama ada masih hidup atau tidak, tidak tahu sama ada hidup dalam keadaan baik-baik sahaja atau pun diseksa.
Oleh hal yang demikian, kami menyeru orang ramai agar sama-sama turun padang dalam mencari adik Nurizlika ini. Semoga juga adiknya cepat ditemui dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.
Menerusi perkongsian terbaharu dari wanita ini, menurutnya adiknya itu sudah dapat ditemui dengan kuasa viral orang ramai. Katanya, mereka sekeluarga sudah berjumpa dengan ayah mentua adiknya dan menyelesaikan dengan cara yang baik.
Nurizlika juga mengucapkan syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan semangat dan kata-kata yang baik.
https://www.tiktok.com/@cinta_nuriz/video/7111194534121311514?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@cinta_nuriz alhamdulillah ada berita gembiraaaaa buat kami harini..#fypシ゚viral ♬ ALHAMDULILLAH – Elite
Sumber: TikTok Nurizlika93
Baca juga: “Bapak Besar..”, Temui Kulit Telur Dalam Bihun Sup Yang Dipesan, Kawan Gadis Ini Hampir Mengamuk!