Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Bapak Besar..”, Temui Kulit Telur Dalam Bihun Sup Yang Dipesan, Kawan Gadis Ini Hampir Mengamuk!

“Bapak Besar..”, Temui Kulit Telur Dalam Bihun Sup Yang Dipesan, Kawan Gadis Ini Hampir Mengamuk!

Kategori:
temui kulit telur dalam bihun sup

Makan di kedai atau restoran merupakan satu kebiasaan bagi orang kita pada zaman kini. Ramai yang menganggap makan di kedai adalah lebih mudah berbanding masak sendiri di rumah. Ya, sememangnya benar. Makan di kedai adalah lebih mudah dan senang.

Tidak perlu bersusah payah untuk ke pasar atau kedai basah bagi membeli segala bahan untuk memasak. Hanya ke kedai dan membuat pesanan akan apa yang ingin dinikmati. Namun begitu, ramai yang menganggap masak sendiri adalah lebih jimat.

Bagi korang yang tidak mempunyai masalah kewangan memang makan di kedai tiada masalah. Tapi tidak bagi yang mengalami krisis makanan. Bukan kata makan di kedai, di rumah pun tidak akan memasak lauk yang mahal dan enak.

Bahkan ada segelintir masyarakat kita yang hanya mengalas perut dengan nasi bersama garam. Namun ada juga yang tidaklah kaya mana, tetapi dalam sebulan pasti akan makan di kedai. Bosan juga ya asyik makan air tangan orang rumah je, mereka pun penat. Sekali sekala nak juga merasa makan di luar.

Apa yang menimbulkan masalah apabila makan di luar adalah apabila ada segelintir peniaga yang langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan. Pelbagai macam benda yang telah ditemui oleh pelanggan ketika menikmati hidangan di kedai makan.

Pelanggan ini temui cebisan kulit telur dalam bihun sup

Malah terbaharu, suatu kejadian menggelikan yang berlaku kepada seorang gadis yang dikenali dengan nama bubblewanis menerusi akaun TikTok. Gadis berkenaan telah menemui cebisan kulit telur.

Bukan kulit telur yang kecil dan halus namun ia sangat besar. Sebesar lobak yang dipotong dua. Malah lebih menyedihkan lagi sehingga menyebabkan kawannya yang kelaparan hampir mengamuk apabila nasi goreng yang sampai tidak seperti yang dipesannya.

Menerusi video tersebut, sangat jelas kelihatan kulit telur yang besar di dalam bihun sup berkenaan. Bab kulit telur termasuk dalam makan tidak mengapa namun apabila telur tersebut tidak dibasuh terlebih dahulu yang menjadi masalah.

Malah kebanyakan kedai makan tidak membasuh telur tersebut terlebih dahulu sebelum dimasak. Namun diharapkan telur ayam di kedai berkenaan dibasuh terlebih dahulu.

@awnsmrdn

Member sikit lagi nak terbalikkan meja 🤭

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

@bubblewanisMember sikit lagi nak terbalikkan meja 🤭

♬ original sound – Bubih

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang terkejut dan bertanya apakah tukang masak tidak perasan kerana kulit telur tersebut terlalu besar.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman hampir sama iaitu menemui puntung rokok dalam makanan yang dimakan.

Jadi nasihat buat semua peniaga dan tukang masak di luar sana, pastikan makanan yang korang sediakan dalam keadaan bersih dan selamat. Kalau pelanggan terkena macam ni, kebiasaannya mereka hanya akan datang sekali sahaja. Jadi jangan hairan kalau tiba-tiba tiada pelanggan yang mengunjungi kedai korang, banyak sebabnya tau.

Sumber: TikTok bubblewanis

Baca juga: Makan Nasi Goreng Kampung Harga Kayangan Dalam Pinggan Plastik, Pelanggan Pelik Harga Tak Tetap

tags: |