Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Cari Yang Halal Susah, Lebih Baik Buat Sendiri. Wanita Ini Kongsi Resepi Lu Ji Fan, Nasi Popular Di Taiwan

Nak Cari Yang Halal Susah, Lebih Baik Buat Sendiri. Wanita Ini Kongsi Resepi Lu Ji Fan, Nasi Popular Di Taiwan

Kategori: ,,
RESEPI LU JI FAN

Hidangan Taiwan semakin mendapat populariti di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, mereka takut kerana kebanyakkan hidangan dari negara itu banyak menggunakan alkohol serta daging sesuai, haram dimakan bagi mereka yang beragama Islam.

Namun dengan wujudnya teknologi serta pendedahan, terdapat beberapa resepi yang telah diolah untuk menjadikan beberapa hidangan Muslim-Friendly. Antaranya adalah Lu Ji Fan, diperbuat dari daging khinzir dan dihidangkan bersama nasi putih. Ini resepi Lu Ji Fan versi halal yang perlu dicuba semua.

Nak Cari Yang Halal Susah, Lebih Baik Buat Sendiri. Wanita Ini Kongsi Resepi Lu Ji Fan, Nasi Popular Di Taiwan

Bahan-bahan

  • Dada ayam atau ayam kisar (boleh potong dadu atau halus)
  • Bawang merah (potong nipis)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Telur rebus
  • Cendawan wangi

Bahan sos

  • Kicap cair
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Sedikit gula
  • Rempah 4 sekawan
  • Cuka
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Air RESEPI LU JI FAN

Cara penyediaan

  1. Goreng bawang merah dan toskan.
  2. Ambil bekas dan tuangkan minyak bawang goreng tadi. Tinggalkan sedikit untuk tumis bahan ayam pula.
  3. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
  4. Tambahkan cendawan dan tumis sehingga naik bau. Masukkan ayam dan bahan-bahan sos.
  5. Kemudian, tambahkan sedikit air lebih kurang setengah juga.
  6. Letakkan bawang merah goreng tadi dan telur rebus.
  7. Masak pada api sederhana sampai jadi kuah pekat. Dah siap, boleh letakkan daun bawang.
  8. Siap untuk dinikmati pada bila-bila masa. RESEPI LU JI FANRESEPI LU JI FAN RESEPI LU JI FAN

Wah, kalau dapat menikmati hidangan ini, sudah tentu akan kenyang. Walaupun telah diolah dan diubah suai, rasanya tentu sedap. Jadi bagi anda yang ingin cuba hidangan dari negara Taiwan, bolehlah bermula dengan resepi Lu Ji Fan ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Cattyjah Sunny

Baca Juga: Resepi Puteri Ayu Cheese Warna Warni, Bukan Sahaja Cantik! Tapi Sedap Dan Cair Di Mulut!

 

tags: | |