Dengar sahaja mengenai tahi minyak, sudah tentu ramai berasa hairan. Malah, namanya yang sebegitu membuat segelintir berasa geli. Namun, tak perlu risau. Tahi minyak ini merujuk pada sisa pati santan yang terhasil dari proses membuat minyak kelapa dari santan jadi ia selamat dimakan.
Selain dijadikan perisa buat kuih-muih, orang dahulu gemar memakannya bersama nasi putih. Tak pernah dengar, kan? Tapi itulah yang dilakukan oleh seorang wanita baru-baru ini.
Terkini, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi cara menarik dan ringkas untuk menikmati sepinggan nasi putih ketika kehabisan lauk-pauk di dapur.
Pada mulanya, dia ke dapur untuk memasak tapi terjumpa sebekas tahi minyak yang disimpan. Pernah diberitahu oleh emaknya bahawa tahi minyak sering dijadikan lauk untuk mereka yang susah ketika dahulu, wanita itu teringin untuk mencubanya.
Memandangkan dia tidak pernah mencubanya, dia mengambil sedikit tahi minyak untuk digaul pada nasi putih yang telah dihidangkan. Makan simple sebegitu pun sudah tentu ia sangat sedap dan menyelerakan. Mesti ramai yang belum cuba lagi, kan?
@projekbakingmija bukan nak cakap aku ni senang. ktorg dulu pun susah tapi bantai nasi telur goreng dgn kicap manis cap udang je.. dulu kicap murah 🤣 #fyppppppppppppppppppppppp
@projekbakingmija bukan nak cakap aku ni senang. ktorg dulu pun susah tapi bantai nasi telur goreng dgn kicap manis cap udang je.. dulu kicap murah 🤣 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa tertarik dengan perkara itu. Malah, ada juga yang teringat kepada kenangan susah dan senang ketika dahulu. Memandangkan ada yang membesar dalam keadaan susah dan tidak berduit, nasi putih bersama tahi minyak sering menjadi makanan ruji.
Walaupun namanya sangat aneh dan rupanya kurang menyelerakan tapi tahi minyak sangat enak dinikmati. Tapi setelah sekian lama dan dunia semakin maju, ia semakin dilupakan dan orang ramai tidak terlalu mengenalinya.
Sekali sekala kita makan sebegini tak salah pun. Selain dapat mengimbas kenangan dahulu, kita juga dapat menghargai rezeki yang ada.
Kredit: projekbakingmija
Baca Juga: Lelaki Bangga Pergi Makan Habis 300K Lebih, Rupanya Ini Kedai Yang Dikunjungi