Orang cakap, kalau nak suami sayang kena jaga perutnya dulu. Patut orang tua-tua dahulu perkahwinannya kekal lama sebab kebanyakannya akan selalu menyediakan masakan untuk suami mereka. Mungkin disebabkan orang dahulu banyak yang menjadi suri rumah dan bekerja kampung.
Jadi mereka akan mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan makanan kepada suami dan keluarga. Walaupunbegitu, zaman sekarang pun ramai yang sentiasa menyediakan masakan. Malah ada yang sanggup bangun sebelum subuh semata-mata menyediakan bekal kepada suami untuk pergi bekerja.
Bagi wanita yang sudah biasa, soal memasak ini memang tidak menjadi masalah buat mereka. Setiap hari fikir masakan apa yang suaminya suka.
Namun berkenaan dengan masak hidangan untuk suami tersayang ini, Eyqa Lee sempat membuat perkongsian menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan hidangan yang baru sahaja disediakannya kepada suami namun tiba-tiba basi.
Sedih dengan keadaan itu, dia sempat bercerita pada awalnya dia memasak sup jagung campur cendawan serta ayam. Dah siap masak, tetiba gas dapur habis. Kemudian dia menelefon orang untuk hantar gas. Lebih kurang 1 jam menunggu Eyqa mula menyambung kembali memasak menu lain.
Namun apa yang membuatkan Eyqa terkedu dan sedih adalah apabila melihat sup jagung yang disediakan sebelum itu sudah basi dan berbuih. Malah lebih teruk lagi adalah, sup berkenaan berbau busuk seperti sudah tiga hari. Seakan tidak percaya dengan kejadian tersebut.
@its.eyqalee aku masak utk laki aku mkn blik keje 😭😭😭
@its.eyqaleeaku masak utk laki aku mkn blik keje 😭😭😭
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menyarankan wanita ini agar pergi berubat kerana salah satu tanda terkena sihir adalah makanan cepat basi.
Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang meninggalkan komen menyatakan jagung memang cepat basi kalau tidak cukup masak. Namun di jawab oleh komenter lain, tidak mungkin secepat itu ia basi. Kebiasaanya semalamam baru basi.
Di samping itu, ada juga warga TikTok yang sempat berkongsi pertua untuk elak masakan tiba-tiba basi. Caranya adalah cuci kuali atau periuk kemudian jemur bawah matahari lebih kurang 2-3 jam kemudian simpan.
Ada benar juga apa yang dinasihatkan oleh warganet. Pergi berubat kerana dunia sekarang kita tidak tahu apa yang orang hantar dan apa yang kita terkena. Walau apa pun, kami doakan semoga keluarga akak ini baik-baik sahaja.
Sumber: TikTok Eyqa Lee