Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

Kategori: ,
bilis goreng pedas sira

Ingat tak masa duduk asrama dahulu? Ataupun masa kecil-kecil dahulu? Mak mesti bekalkan lauk ini untuk bawa balik asrama kan? Makan bersama kawan-kawan memang selera habis. Kalau dekat nak puasa lagi lah mak buat banyak-banyak. Rindunya waktu kecil-kecil dulu!

Memandangkan ramai yang nak throwback memori dulu, jadi kami kongsikan satu resepi bilis goreng pedas sira versi orang dulu-dulu. Jom sama-sama buat bilis goreng pedas sira ini!

Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan bilis goreng
  • 2 cawan kacang tanah goreng
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula
  • 1 biji limau nipis (diambil airnya)
  • sedikit garam
  • sedikit daun kari
  • bawang goreng ikut suka nak taruh ke tak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali serta masukkan minyak.
  2. Selepas itu, tumis cili kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari, gula dan kacau rata serta sebati.
  4. Masukkan garam serta air limau.
  5. Apabila dah mendidihh dan pecah minyak, masukkan bilis dan kacang yang dah digoreng tadi.
  6. Tutup api dan kacau rata. Siap!
  7. Jangan masukkan air, resepi ni tak guna air ya. Kalau guna air bilis akan lembik dan cepat lemau.

bilis goreng pedas sira bilis goreng pedas sira bilis goreng pedas sira

Dah siap bilis goreng pedas sira! Peringatan sekali lagi, jangan sesekali letak air ya? Resepi ini tak guna air. Kalau guna air bilis akan lembik dan cepat lemau. Resepi ini rapuh dan kriuk-kriuk serta tahan lama. Selamat mencuba ya!

Sumber: Norlela Abdul Lahak

Baca lagi: Resepi Pajeri Nanas Tanpa Santan, Sesuai Bagi Siapa Nak Elakkan Makanan Bersantan!

tags: | |