Tak semua perkahwinan berakhir dengan bahagia. Semakin hari, kita sering dilaporkan dengan pelbagai kes perceriaan yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Akhirnya anak pula yang menjadi mangsa dan terpaksa membesar tanpa ibu atau bapa di sisi mereka sepangjang masa.
Selepas berpisah, sudah tentu setiap ibu atau bapa ingin memberi yang terbaik buat anak-anak mereka. Selain memberi kehidupan yang selesa, mereka juga ingin mengisi ruangan yang kosong dengan memperkenalkan insan baru untuk menjaga mereka. Perkara itu tidak salah, kan?
Terbaharu, seorang wanita (identiti dirahsiakan) telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman lucu yang telah dialami oleh dirinya. Hal itu berlaku di sebuah kedai makan yang dikunjungginya.
Berada di dalam kereta, wanita itu menyedari kehadiran seorang lelaki bersama anak perempuannya di kedai tersebut. Memerhatikan mereka dari tadi, kelibat si ibu langsung tidak kelihatan membuatkannya berasa bahawa mungkin si ayah merupakan seorang duda dan tidak mempunyai isteri.
Mungkin terpikat dengan lelaki itu, dia berasa berminat untuk mengenalinya. Tambahan, anak kecilnya pula kelihatan sangat mesra dan sempat lagi melambaikan tangan ke arahnya bila menyedari mereka sedang dirakam.
Hanya mampu minat dari jauh, wanita itu turut meminta dengan para penonton untuk menyampaikan salam kepada lelaki itu jika mengenalinya.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula seperti menggalakkan wanita itu untuk mengejar perasaannya terhadap lelaki itu. Menurut seorang pengguna, Amirul Hakim, dia mendoakkan agar wanita itu menjadi ibu tiri pada anak kecil tersebut.
Kalau jodoh, apa salahnya cuba? Namun orang ramai janganlah pula mengecam wanita ini. Jelas perkara yang telah dikongsikan hanyalah gurauan semata-mata dan tiada niat serius untuk berkenalan dengan lelaki itu dan anaknya.
Baca Juga: “Jenis Panas Baran!” – Aksi 2 Ekor Ketam Bergaduh Di Pantai Buat Netizen Terhibur