Siapa sahaja yang tak suka dengan benda percuma, kan? Dengan keadaan ekonomi sekarang, tak ramai yang suka memberi tapi ada masih ada beberapa peniaga yang bersikap pemurah dan gemar berkongsi rezeki.
Namun adakalanya sesuatu pemberian itu tidak akan menepati dengan citarasa penerima. Meskipun terharu, mereka tentu akan berasa hairan apabila mendapat sesuatu yang sangat pelik dan tidak sesuai.
Terbaharu, seorang wanita, farahzkefli telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman pelik yang baru sahaja terjadi ke atas dirinya. Telah mengunjungi sebuah kedai mamak berhampiran, dia ke sana untuk menikmati beberapa hidangan sarapan pagi yang ada.
Setelah menghabiskan makanan dan minuman yang telah dipesan, wanita itu telah menuju ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Selesai dengan urusannya, dia bersiap sedia untuk beredar dari situ.
Namun, dia disekat oleh pekerja di kaunter yang kemudiannya menghulurkan sebiji gula-gula Kopiko dan gula-gula getah, DoubleMint. Meskipun pemberian itu membuatnya berasa hairan, dia tetap menerimanya.
Ketika pulang, wanita itu masih lagi berasa pelik bila mengenangkan pemberian itu. Belum lagi dihabiskan, dia juga kelihatan tidak berapa teruja dengan benda percuma yang diperolehi.
Dari dibuang, wanita itu berasakan lebih elok jika dia memberinya pada jiran yang ada.
https://www.tiktok.com/@farahzkefli/video/7113036125857467675?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@farahzkefli Dia ingat aku ni budak2 ke? Haha #fypシ #tiktokmalaysia🇲🇾 #mamak ♬ original sound – anne
Jika menerima apa jua pemberian, walaupun ia tidaklah terlalu hebat atau mewah, kita perlulah tahu menghargainya. Mungkin niat pekerja itu hanya sekadar ingin berkongsi rezeki dan memastikan pelanggan berpuas hati.
Selagi ianya tidak memudaratkan, apa salahnya kita menghargai apa jua pemberian yang diperolehi?
Kredit: farahzkefli
Baca Juga: Restoran Salt Bae Antara Restoran Paling Teruk Di London, Ramai Nasihat Jangan Pergi